Pembangunan produk jus pomelo (Citrus grandis) campuran

Ng, Chia Chia (2009) Pembangunan produk jus pomelo (Citrus grandis) campuran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000307.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan produk baru jus pomelo (Citrus grandisj campuran teh hitam (Camellia sinensis). Objecktif kajian ini merangkumi pembangunan produk baru jus pomelo campuran teh serta menentukan tahap penerimaan produk ini dikalangan masyarakat Sebanyak sembilan formulasi awal telah dibangunkan tetapi hanya satu formulasi terbaik dipilih menerusi dua peringkat ujian sensori, iaitu ujian pemeringkatan dikuti ujian hedonik. F3 yang mengadungi 35% jus pomelo, 35% ekstrak teh, 2% pupla pomelo, 10% gula, 17.8 % air, 0.1% asid sitrik dan 0.02% natrium benzoat dipilih sebagai formulasi terbaik. Skor min F3 dalam ujian hedonik termasuklah 4.70 ± 1.04 dalam atribut warma 4.83 ± 1.15 dalam aroma, 5.00 ± 0.78 dalam keseimbangan rasa antara pomelo dengan teh; kepahitan ialah 5.00 ± 0.82 dan 5.15 ± 0.77 dalam penerimaan keseluruhan. Menerusi analisis proksimat, jus pomelo campuran teh mengandungi lembapan yang tinggi iaitu 84.64 3: 0.13%, 0.07 3: 0.03% abu, 0.17 ± 0.05% serabut kasar, 0.28 ± 0.03% lemak, 1.63 ± 0.20% protein dan 13.21 ± 0.00% karbohidrat. Sebanyak 39.11± 0.83mg asid askorbik/l00g sampel terkandung dalam produk. Produk jus pomelo campuran teh ini adalah selamat diminum walaupun disimpan sebulan. Pertumbuhan koloni bakteria sebanyak 8.6 x 10" CFU/ml menerusi kaedah TPC dan 4.5 x 103 cfu/ml koloni Vis dan kulat dengan kaedah PDA pada minggu keempat. Nilai pH dan jumlah pepejal terlarut adalah malar pada minggu permulaan penstoran, hanya menurun sedikit ke 4.42 ± 0.00 dan 13.7 ± 0.00 °Briks masing-masing pada minggu terakhir; tiada perbezaan bererti (p>0.05) wujud. Menurut hasil ujian bandlngan berpasangan, tiada perbezaan slgnifikan (p>0.05) wujud antara atribut aroma, keseimbangan rasa antara pomelo dan teh serta penerimaan keseluruhan. Dalam ujian pengguna, seramai 70% responden suka meminum jus pomelo campuran teh ini. 01 samping itu, terdapat 62% responden akan membeli produk ini jlka dipasarkani 75% daripadanya terdiri daripada golongan dewasa yang berumur lebih daripada 40 tahun. Maka, produk jus pomelo campuran teh ini mempunyai potensi yang tinggi untuk dipasarkan dalam pasaran dewasa tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Juice pomela, Citrus grandis, Black tea, Camellia sinensis
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 23 Nov 2011 11:49
Last Modified: 12 Oct 2017 14:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/664

Actions (login required)

View Item View Item