Surianti Lajuma (2011) Strategi daya tindak remaja terhadap kebimbangan yang dihadapi dan pengaruhnya ke atas masalah kemurungan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
mt0000000208.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti bentuk strategi daya tindak yang digunakan oleh remaja khususnya pelajar sekolah menengah di sekitar Kota Kinabalu, Sabah apabila menghadapi kebimbangan terhadap pelajaran dan melihat pengaruhnya ke atas masalah kemurungan. Secara khususnya, kajian ini dilakukan untuk mengkaji perbezaan strategi daya tindak, kebimbangan terhadap pelajaran dan masalah kemurungan yang dihadapi berdasarkan kepada gender dan tahap pendidikan pelajar. Selain itu, kajian ini cuba melihat peranan strategi daya tindak keseluruhan serta aspek-aspeknya sebagai moderator dalam hubungan kebimbangan terhadap pelajaran dengan masalah kemurungan. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk tinjauan. Seramai 1188 orang remaja yang berumur antara 13 hingga 19 tahun yang terdiri daripada pelajar di 13 buah sekolah menengah di sekitar Kota Kinabalu telah dijadikan subjek kajian. Alat kajian Adolescent Coping Scale (ACS) telah digunakan bagi mengukur strategi daya tindak dan alat kajian Beck Depression Index-II (SDI-II) digunakan untuk mengukur tahap kemurungan ramaja. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan ujian statistik deskrpitif yang merangkumi kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Sementara analisis inferensi pula melibatkan Ujian-t sampel bebas, dan Regresi mudah dan Regresi pelbagai. Keputusan yang diperolehi menunjukkan terdapat pengaruh kebimbangan terhadap pelajaran ke atas penggunaan strategi daya tindak keseluruhan dan aspek-aspeknya. Dapatan kajian juga menunjukkan strategi daya tindak keseluruhan serta aspek-aspeknya gagal untuk menjadi moderator dalam hubungan antara kebimbangan terhadap pelajaran dengan masalah kemurungan dalam kalangan remaja. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan turut dikemukakan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | coping strategy, adolescent, education problem, depression, gender |
Subjects: | R Medicine > RJ Pediatrics |
Department: | SCHOOL > School of Psychology and Social Work |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 30 Jul 2013 12:23 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 15:30 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6659 |
Actions (login required)
View Item |