Liew, Meei Yun (2005) Kajian pencemaran hingar di sekitar stesen janakuasa Melawa, Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001258.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk memetakan dan menilai paras hingar di kawasan 500m radius dari Stesen lanakuasa Melawa yang terdiri daripada SESB Sdn. Bhd. dan ARL Tenaga Sdn. Bhd. Di samping itu, pengauditan impak hingar juga dijalankan dengan membandingkan dengan ramalan impak hingar yang dibuat dalam dua kajian EIA yang terdahulu. Pengukuran paras hingar dengan meter aras bunyi (SLM) dilakukan secara rawak di beberapa stesen yang berada di sekitar stesen janakuasa berkenaan dengan menggunakan Global Positioning System (GPS) untuk menentukan koordinat setiap stesen. Berdasarkan paras hingar yang dicatat pada setiap stesen, pemetaan nilai hingar di sekitar stesen janakuasa dilakukan. Hasil kajian mendapati paras hingar Leq adalah antara 60.4 dB(A) hingga 97.2 dB(A) dengan frekuensi sebanyak 37.5 % bagi julat hingar yang melebihi 65 dB(A). Manakala frekuensi hingar Lmax dan Lmin yang melebihi 65 dB(A) adalah masing-masing 60.7 % dan 34.5 %. Paras hingar dalam kajian ini (60.4-97.2 dB (A)) juga didapati menunjukkan perbezaan yang ketara dengan ranlalan hingar yang dibuat dalam laporan EIA SESB Sdn. Bhd. (52-67 dB(A)) dan ARL Tenaga Sdn. Bhd (45-65 dB (A)) yang terdahulu. Paras hingar yang diukur di beberapa kawasan di sempadan stesen janakuasa juga didapati melebihi paras piawai (65dB(A)) yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | noise level, sound level meter, Global Positioning System, power station |
Subjects: | T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 01 Aug 2013 14:44 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 15:25 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6690 |
Actions (login required)
View Item |