Penentuan aktiviti antioksidant dalam Teh Hitam dan kompost Teh Hitam Sabah

Chandran Ponniah (2009) Penentuan aktiviti antioksidant dalam Teh Hitam dan kompost Teh Hitam Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000306.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Dua jenis sampel iaitu teh hitam dan kompost teh hitam dianalisis untuk jumlah polifenol, jumlah flavonoids dan kapasiti aktiviti antioksidant. Sampel diekstrak dengan menggunakan pelarut akues metanol dan air panas. Kapasiti aktiviti antioksidant ekstrak ditentukan dengan menggunakan kaedah perencatan radikal DPPH dan ABTS serta kaedah FRAP. Keputusan menunjukkan efisiensi peratus pengekstrakan adalah lebih tinggi dalam pelarut akues metanol dan perbezaanya adalah signifikan (P<0.05) berbanding dengan pelarut air panas. Keputusan yang diperolehi menunjukkan jumlah polifenol berbeza dari 96 GAE mg/g hingga 143 GAE mg/g. Dan jumlah flavonoid adalah berbeza dari 345.33 QE/g hingga 438.33 QE/g. Kandungan polifenol dan flavonoid adalah lebih tinggi dalam teh hitam daripada kompost teh hitam tetapi perbezaanya tidak signifikant (P<0.05). Dalam kaedah perencatan radikal ABTS dan DPPH, ekstrak teh air panas mempunyai peratus perencatan radikal yang tinggl berbanding dengan ekstrak teh akues metanol. Nilai TEAC bagi sam pel teh hitam dan kompost teh hitam adalah diantara 1.031 dan 0.833. Nilai FRAP pula adalah dlantara 198.93 uMol/g dan 93.63 uMol/g. Dalam kajian ini semua kaedah menyimpulkan bahawa teh hitam mempunyai kapasiti antioksldant yang tinggi (P<0.05) berbanding dengan kompost teh hitam.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Black Tea, Black Tea compost, Antioxidant activity
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 17 Nov 2011 13:32
Last Modified: 12 Oct 2017 14:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/673

Actions (login required)

View Item View Item