Pengekstrakan pigmen karotenoid daripada kulit oren dan kesesuaian sebagai agen pewarna makanan

Ang, Sioh Theng (2005) Pengekstrakan pigmen karotenoid daripada kulit oren dan kesesuaian sebagai agen pewarna makanan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001267.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji penyesuaian pigmen karotenoid daripada kulit oren sebagai agen pewarna makanan. Kaedah pengekstrakan pig men karotenoid yang terbaik berasaskan peratusan perolehan telah dilakukan iaitu dengan menggunakan pelarut aseton dan metanol. Selain itu, analisis ke atas kestabilan pigmen karotenoid yang diekstrakkan terhadap kesan pH, suhu dan kesan simpanan dari segi cahaya dan suhu dijalankan. Seterusnya, tahap penerimaan pigmen karotenoid sebagai agen pewarna makanan diujikan. Keputusan menunjukkan bahawa jumlah purata peratusan perolehan yang diekstrakkan oleh pelarut metanol adalah sebanyak 45.12 ± 0.05% manakala pelarut aseton hanya sebanyak 17.92 ± 0.05%. Di samping itu, melalui penyelidikan ini didapati bahawa pig men karotenoid adalah lebih stabil pada keadaan neutral serta medium beralkali, kurang stabil terhadap suhu yang tinggi seperti 100 ± 3ºC daripada suhu yang rendah seperti 0 ± 3ºC serta lebih sesuai disimpan pad a tempat yang dilindungi daripada pendedahan cahaya atau tempat gelap daripada tempat bercahaya dan tempat yang sejuk (0 ± 3ºC) daripada tempat yang bersuhu bilik (30 ± 3ºC). Selain itu, pigmen karotenoid yang diekstrakkan daripada kulit oren yang sebagai agen pewarna mendapati kebanyakan panel menyukai warna dan aroma sampel agar - agar yang mengandungi pigmen karotenoid daripada pewarna sintetik. Dari segi warna, didapati produk yang mempunyai sebanyak 0.01% sampel karotenoid adalah paling disukai oleh kebanyakan panel manakala dari segi aroma sampel, didapati produk yang mengandungi 0.10% pig men karotenoid adalah paling disukai oleh para panel. Secara keseluruhan, produk yang mengandungi 0.10% pig men karotenoid adalah paling diterima oleh kebanyakan panel.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: pigment carotenoid, orange peel, food colouring agent, aceton method, methanol method, storage test, pH, temperature
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Aug 2013 10:19
Last Modified: 23 Oct 2017 15:29
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6730

Actions (login required)

View Item View Item