Penghasilan produk kuih cincin mengandungi kelapa

Muhaimin Mohamad (2007) Penghasilan produk kuih cincin mengandungi kelapa. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001269.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Penghasilan kuih cincin mengandungi kelapa adalah bertujuan untuk mempelbagaikan hasilan kuih tradisional Sabah iaitu kuih cincin. la juga bertujuan untuk mendapatkan formulasi yang terbaik dan diterima oleh pengguna. Penghasilan kuih cincin mengandungi kelapa melibatkan dua peringkat iaitu penghasilan inti dan penghasilan adunan luar dan kemuadian di masukkan ke dalam oven. Daripada kajian dilakukan, formulasi yang paling disukai adalah formulasi 311 yang mempunyai 26% tepung gandum, 25% gula pasir, 10% kelapa dan 5.06% air. Dari ujian penilaian sensori yang dijalankan, min skor bagi formulasi 311 lebih tinggi di dalam empat daripada lima atribut iaitu warna, tekstur, kerangupan, kemanisan dan penerimaan secara keseluruhan. Hasil daripada analisis proksimat terhadap kuih cincin mengandungi kelapa pula adalah karbohidrat 58.45%, lemak 23.10%, protein 9.57%, serabut kasar 3.83%, abu 1.66% dan kandungan air 2.14%. Hasil daripada ujian mikrob pula ialah pada suhu bilik kulat dikesan pad a pencairan pertama dan kedua dan pada suhu sejuk pad a pencairan pertama untuk PDA dan untuk PCA bakteria dikesan pada pencairan pertama dan kedua manakala pada suhu sejuk pada pencairan pertama.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: kuih cincin, coconut, formulation, storage temperature, dilution
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Aug 2013 10:15
Last Modified: 23 Oct 2017 15:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6732

Actions (login required)

View Item View Item