Choo, Soo Nee (2009) Pembangunan minuman jus manggis dengan kiub aloe vera. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000305.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian telah dijalankan untuk menghasilkan formulasi terbaik minuman jus manggis (Garcinia mangostana Linn) campuran aloe vera (Aloe barbadensis Mille). Didapati sampel F2 mempunyai nilai, skor min yang tertinggi bagi kesemua atribut yang diuji kecuali atribut aroma. F2 mempunyai perbezaan yang signiftkan (p<0.05) untuk atribut kemanisan, kemasaman, keseimbangan manis-masam dan penerimaan keseluruhan. Formulasi F2 ini terdiri daripada 35% purl manggis, 8% gula, 10% kiub aloe vera, 0.05% gam xanthan, 0.1% asid askorbik, 0.03% natrium benzoat dan 46.82% air. Analisis proksimat mendapati minuman jus manggis dengan kiub aloe vera mengandungi kandungan lembapan 87.18% + 0.03, kandungan abu 0.07% + 0.03, kandungan protein 0.02% + 0.01, kandungan lemak 0.25% + 0.04, kandungan sera but kasar 2.19% + 0.02 dan kandungan ka rbohid rat 10.29%. Tenaga terkandung dalam 100g minuman jus ialah 42.89 kkal dan nilai vitamin C ialah 81.43 mgt 100g. Dalam kajian jangka hayat simpanan produk, jumlah pepejal larut (oBriks) pada minggu permulaan ialah 15 + 0.00 dan minggu keempat ialah 13.0 + 0.00. Terdapat perbezaan yang signiftkan (p<0.05) antara produk segar dengan produk bermula minggu pertama. Nilai pH untuk minuman jus sepanjang 4 minggu kajian mencatatkan 3.59 + 0.02 pada minggu permulaan dan 3.17 + 0.01 pada minggu keempat. Nilai untuk peratus asid tertitrat mencatatkan pertambahan sepanjang tempoh kajian dengan 0.22% + 0.01 untuk minggu permulaan dan 0.54% + 0.01 untuk minggu keempat. Terdapat perbezaan yang signifikan (p<O.O5) antara produk segar dengan produk bermula minggu kedua untuk nilai pH dan peratus asid tertitrat. Melalui ujian mikrobiologi, didapati produk minuman jus dengan kiub aloe vera boleh disimpan sekurang-kurangnya satu bulan pada suhu 5°C + 2°C dan selamat diminum. Ujian sensori perbandingan berganda menunjukkan tempoh penyimpanan maksimum untuk produk berkualiti ialah dua minggu. Melalui ujian pengguna, apabila dinilai dari segi sensori produk, didapati seramai 89% pengguna akan membeli produk minuman jus dengan kiub aloe vera.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Mangosteen, Aloe Vera, Juice |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 17 Nov 2011 13:29 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 14:16 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/674 |
Actions (login required)
View Item |