Kajian bentuk pembesar suara terhadap unit pembesar suara wofer

Tan, Tee Chen (2004) Kajian bentuk pembesar suara terhadap unit pembesar suara wofer. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001273.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penghasilan bunyi pada sambutan amplitud frekuensi rendah terhadap unit pembesar suara yang dipasang pad a setiap bentuk kabinet pembesar suara. Dalam kajian ini, tiga buah bentuk kabinet telah dibina iaitu kabinet pentagon iaitu mempunyai ciri bentuk permukaan yang luas dan panel depan yang licin dengan panel sisi, kabinet berbentuk segi tiga iaitu mempunyai ciri sisi panel kabinet yang tidak selari dan bentuk kabinet yang tradisional yang terdapat di pasaran iaitu berbentuk segiempat. Unit pembesar suara yang tidak dikabinetkan diguna sebagai kawalan. Frekuensi dalarn julat 0-20Khz dihasilkan oleh penjana isyarat akan dirakamkan oleh komputer. Keputusan akan dianalisis oleh komputer dengan perisian MATLAB. Analisis akan dijalankan ke atas tertingkap paparan graf isyarat domain masa dan domain frekuensi dengan perisian MATLAB. Hasil kemudian diplotkan dengan satu graf sambutan amplitud-frekuensi dan dibandingkan antara keputusan daripada setiap kabinet dengan yang tanpa kabinet. Keputusan daripada hasil kajian ini adalah kombinasi kabinet bentuk pentagon dan juga kabinet berbentuk segi tiga akan memberi prestasi yang baik dalarn membina satu kabinet pembesar suara yang baik. Ini kerana kabinet yang baik akan mempunyai luas permukaan depan yang besar, panel sisi tepi kabinet yang tidak selari dan sudut pada permukaan panel sisi dengan panel depan perlu licin. Kesimpulan daripada kajian ini dapat menghasilkan satu kabinet pembesar suara yang prestasi yang optimum dengan unit pembesar suara yang sama.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: sound reproduction, low frequency, shape of cabinet, pentagon, performance, loudspeaker
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Aug 2013 10:11
Last Modified: 23 Oct 2017 15:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6757

Actions (login required)

View Item View Item