Zulhairi Ali (2007) Pembinaan buaian bayi automatik dengan peranti deria bunyi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001278.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membina suatu sistem peranti deria bunyi yang mampu mengesan atau memberikan tindak balas terhadap suatu bunyi yang dikesan. Kajian ini melibatkan pembinaan litar peranti deria bunyi serta pengubahsuaian buaian elektrik Sunflower’s Rocker. Litar pengesan bunyi yang berasaskan mikrofon dibina adalah bertujuan untuk mengesan bunyi yang dikeluarkan oleh bayi dalam buaian elektrik. Pada litar pengesan bunyi, diod pemancar cahaya (L.E.D) digunakan sebagai penunjuk kehadiran arus dimana L.E.D akan memancarkan cahaya apabila terdapat arus elektrik mengalir dalam litar. Litar pengesan bunyi ini beroperasi pada julat pendengaran manusia normal iaitu bunyi pada frekuensi 20 Hz sehingga 20 kHz. Pembinaan litar pengesan bunyi ini adalah bertujuan untuk membina satu sistem buaian bayi automatik yang beroperasi apabila bunyi yang dikeluarkan oleh bayi dikesan oleh mikrofon. Litar yang dibina berfungsi dengan baik dan mampu meransang buaian untuk berayun.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | sound sensor, capacitor microphone, baby rocker, L.E.D |
Subjects: | T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 19 Aug 2013 11:10 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 15:35 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6762 |
Actions (login required)
View Item |