Kajian viskositi ke atas larutan Eucheuma Spinosum dan ekstrakan karagenan separa tulennya

Wong, Lie Mei (2005) Kajian viskositi ke atas larutan Eucheuma Spinosum dan ekstrakan karagenan separa tulennya. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001288.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian viskositi ke atas larutan Eucheuma spinosum dan ekstrakan karagenan separa tulennya (SRC) telah dijalankan untuk membandingkan kedua-dua larutan daripada segi kesan kepekatan, suhu, pH (pH 1 hingga 13), kelajuan gelendung dan sifat kebersandaran pada masa (time dependency). SRC dihasilkan melalui pengekstrakan alkali dengan menggunakan 0.2M larutan natrium hidroksida pada pH 13 dengan suhu 80°C selama satu jam. Analisis FTIR telah mengesahkan iota karagenan yang hadir dalam SRC Eucheuma spinosum. Peratusan perolehan SRC yang diperolehi melalui pengekstrakan adalah sebanyak 5.8-7.3% dengan kandungan kelembapan sebanyak 8.20 ± 0.07%. Sementara itu, peratusan perolehan serbuk rumpai laut adalah 23.6- 28.7% dengan kandungan kelembapan 8.74 ± 0.37%. Viskositi ketara larutan rumpai laut dan SRC telah meningkat dengan peningkatan kepekatan (1.2 hingga 4.4% w/w) di mana terdapatnya hubungan korelasi positif antara kesan kepekatan dengan viskositi larutan rumpai laut (r=0.973**) dan SRC (r=0.878**). Sebaliknya, kesan suhu dan kelajuan gelendung pula menunjukkan penurunan dalam viskositi ketara larutan rumpai laut dan SRC dengan peningkatan suhu (40 hingga 80°C) dan kelajuan gelendung (20, 30, 50, 60 dan 100 rpm). Korelasi antara suhu dengan larutan rumpai laut dan SRC adalah r=-0.893** dan r=- 0.888** masing-masing. Di samping itu, korelasi antara kelajuan gelendung dengan larutan rumpai laut dan SRC adalah r=-0.856** dan r=-0.922**. Larutan rumpai laut dan SRC tidak menunjukkan sifat kebersandaran pada masa (p>0.05) pad a tempoh pengukuran 1 minit hingga 60 minit. Perbandingan antara viskositi ketara larutan rumpai laut dengan SRC bagi semua kesan yang dikaji menunjukkan perbezaan signifikan (p<0.05) kecuali pada pH 13. Kedua-dua larutan menunjukkan kepekatan tertinggi sekitar pH 5 (pH 5.10 untuk rumpai laut dan pH 5.66 untuk SRC). Telah diperhatikan kedua-duanya juga mengalami pemecahan struktur glikosida di dalam rantai karagenan pada medium yang sangat berasid ataupun beralkali, maka viskositi ketara mereka amat rendah pada pH sekitar 1 hingga 3 dan pH 13. Umumnya, larutan SRC jauh lebih likat daripada larutan rumpai laut akibat kehadiran iota karagenan yang tinggi dalam SRC selepas pengekstrakan alkali. Daripada kajian ini, dapat disimpulkan larutan rumpai laut Eucheuma spinosum dan SRCnya adalah bersifat penipisan-ricih (shear-thinning).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Eucheuma spinosum, semi-refined carrageenan, pH, shear-thinning behaviour
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Aug 2013 11:13
Last Modified: 23 Oct 2017 15:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6835

Actions (login required)

View Item View Item