Tahap penerimaan teh Cina Camellia sinensis di kalangan enam etnik utama mahasiswa/i Universiti Malaysia Sabah

Yong, Koon Yoke (2005) Tahap penerimaan teh Cina Camellia sinensis di kalangan enam etnik utama mahasiswa/i Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001291.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah untuk menilai tahap penerimaan teh Cina di kalangan enam etnik utama mahasiswa/i Universiti Malaysia Sabah iaitu kaum Melayu, India, Kadazan-dusun, Bajau, Murut dan Iban. Objektif sampingan adalah untuk mengkaji adakah faktor rasa manis dan pahit mempengaruhi tahap penerimaan teh Cina di kalangan mereka dengan menentukan nilai Best Estimated Threshold (BET) untuk rasa manis dan pahit enam etnik tersebut. Aras ambang manis dan pahit ditentukan dengan ujian Segitiga, tahap penerimaan teh Cina di antara enam etnik ditentukan melalui ujian hedonik 7 skala, dan ujian korelasi Pearson dijalankan untuk menentukan korelasi di antara tahap penerimaan teh Cina dengan nilai ambang rasa manis dan pahit enam etnik tersebut. Didapati bahawa untuk rasa manis, nilai BET kumpulan untuk kaum Melayu ialah 0.02179%, 0.01902% untuk kaum India, 0.01896% untuk Kadazan-dusun, 0.01666% untuk kaum Bajau, 0.01956% untuk kaum Murut, dan 0.02122% untuk kaum Iban. Nilai BET kumpulan untuk rasa pahit untuk kaum Melayu pula ialah 0.00287% diikuti oleh kaum Murut, 0.00342%, kaum Kadazan-dusun, 0.00390%, kaum Bajau dan lban sebanyak 0.00403% dan akhir sekali ialah kaum India iaitu 0.00420%. Berdasarkan ujian hedonik 7 skala didapati bahawa tahap penerimaan teh Cina di kalangan enam etnik adalah berbeza secara signifikan (p<0.05). Kaum Melayu dan India lebih menerima teh Oolong manakala teh Hitam lebih diterima di kalangan kaum Kadazan-dusun, Bajau, Murut dan Iban. Untuk teh hijau pula, tahap penerimaannya di kalangan enam etnik yang dikaji adalah lebih kurang sama. Tahap penerimaan teh cina setiap etnik pula tidak menunjukkan korelasi yang signifikan (p>0.05) dengan nilai ambang rasa manis dan pahit etnik tersebut. Kesimpulannya, tahap penerimaan teh cina di kalangan enam etnik utama mahasiswa/i Universiti Malaysia Sabah adalah berbeza secara signifikan tetapi perbezaan ini bukan disebabkan oleh nilai ambang rasa manis dan pahit etnik tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: degree of acceptance, Chinese tea, ethnic, student, sweetness and bitterness, Best Estimated Threshold
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Aug 2013 12:50
Last Modified: 23 Oct 2017 15:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6838

Actions (login required)

View Item View Item