Kajian ciri-ciri penggelan Eucheuma spinosum dan ekstraksi karagenan separa tulennya

Ngu, Ling Fong (2005) Kajian ciri-ciri penggelan Eucheuma spinosum dan ekstraksi karagenan separa tulennya. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001325.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ke atas ciri-ciri penggelan rumpai laut Eucheuma spinosum(RL) dan ekstraksi karagenan separa tulennya (KST) telah dilakukan. Kajian dilakukan merangkumi ujian penembusan, sineresis, kestabilan sejukbeku-nyahsejukbeku dan keupayaan memegang air pada enam kepekatan yang berlainan. Seterusnya, kesan penambahan kation kalsium pada en am kepekatan berlainan kepada gel RL dan KST juga dikaji. Analisis FTIR yang dijalankan membuktikan bahawa karagenan jenis iota terdapat di dalam Eucheuma spinosum dan KSTnya yang diperoleh melalui pengekstrakan alkali. Daripada ujian penembusan, didapati kekuatan kedua-dua gel RL dan KST menunjukkan perbezaan signifikan (p<0.05) dengan kesan kepekatan. Selain itu, sesaran didapati berkurangan dan kekuatan gel semakin meningkat dengan penambahan kepekatan. Ini menunjukkan penambahan kepekatan gel akan menghasilkan gel yang lebih rapuh. Peratus sineresis didapati berkurang secara signifikan (p<0.05) dengan penambahan kepekatan RL dan KST. Tiada kehilangan air yang banyak didapati daripada kesan sejukbeku-nyahsejukbeku dalam tempoh penstoran selama 30 hari dengan jumlah kehilangan air dicatat pada 2.8S% (4% w/w gel RL) dan 1.62% (9% w/w gel RL). Gel KST juga mengalami jumlah kehilangan air yang sedikit (3.48% bagi 3.5% w/w KST dan 2.37% bagi 6.0% w/w KST). Keupayaan memegang air bertambah secara signifikan (p<0.05) dengan peningkatan kepekatan RL dan KST. Pertambahan garam kation membolehkan pengukuhan zon-zon persimpangan dengan penambahan kekuatan gel RL dan KST (p<0.05). Di samping itu, terdapat peningkatan yang signifikan (p<0.05) untuk peratusan air sineresis yang dibebaskan di antara gel kawalan dan gel yang ditambahkan kation kalsium bagi kedua-dua gel RL dan KST. Penambahan kation kalsium menurunkan kestabilan sejukbekunyahsejukbeku dengan peningkatan air terbebas (p<0.05) bagi kedua-dua gel RL dan KST. Untuk keupayaan memegang air, kuantiti air terbebas daripada penambahan kation kalsium ke dalam gel RL dan gel KST didapati (r=-0.750** dan r=-0.443*) berkadar songsang dengan masa pengemparan. Penambahan kation kalsium mengurangkan keupayaan memegang air di dalam gel RL dan KST dengan signifikan (p<0.05). Faktor kepekatan RL dan KST serta faktor penambahan kation kalsium dibincangkan daripada aspek zon-zon persimpangan yang mempengaruhi keputusan kajian.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Eucheuma spinosum, extracted semi refined carrageenan, calcium cation, junction zone
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Sep 2013 12:24
Last Modified: 16 Oct 2017 17:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6965

Actions (login required)

View Item View Item