Penilaian kualiti dan penggunaan karaginan separa tulen hasil daripada spesies Eucheuma tempatan

Chan, Shu Ming (2007) Penilaian kualiti dan penggunaan karaginan separa tulen hasil daripada spesies Eucheuma tempatan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001333.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai kualiti serbuk karaginan separa tulen yang dihasilkan. Serbuk karaginan separa tulen yang dihasilkan itu akan dibandingkan dengan serbuk karaginan separa tulen komersial. Serbuk karaginan separa tulen dihasifkan dengan rumpai laut Eucheuma cottonii yang mempunyai kandungan kelembapan kurang daripada 12%. Kesemua serbuk karaginan separa tulen yang dihasilkan mempunyai kandungan kelembapan di antara julat 9.14±0.07% hingga ke 9.9S±0.08%. Daripada kualiti yang dinilai, serbuk karaginan separa tulen yang dihasilkan mempunyai nilai pH 9.72±0.02 manakala karaginan separa tulen komersiaf mempunyai nilai pH 8.82±0.04. Keterlarutan bagi karaginan separa tulen komersial adalah lebih tinggi daripada karaginan separa tulen yang dihasilkan (p<0.05) iaitu memerlukan masa yang lebih singkat untuk melarut. Bagi nilai kelikatan dan peratus sineresis pula, karaginan separa tulen yang dihasilkan adalah lebih tinggi berbanding dengan karaginan separa tulen komersial (p<0.05). Daripada analisis proksimat yang telah dijalankan, didapati bahawa serbuk karaginan separa tulen yang dihasilkan dan serbuk karaginan separa tulen komersial mengandungi kandungan air 9.53±0.30% dan 5.54±0.51%, kandungan protein 0.98±0.04% dan 0.94±0.04%, kandungan lemak 0.46±0.05% dan 0.81±0.06%, kandungan abu 16.6±1 .30% dan 16.38±0.94%, kandungan serabut kasar23.68±1 .10% dan 20.02±0.67% serta kandungan karbohidrat 48.87±0.14% dan 56.84±0.52%. Serbuk karaginan separa tulen yang dihasilkan telah diaplikasikan untuk penghasilan coklat susu karaginan separa tulen. Melalui penilaian sensori, didapati bahawa formulasi F4 yang mengandungi 0.06% serbuk karaginan separa tulen, 94% susu segar, 4.79% gula dan 1.15% serbuk koko paling diterima oleh panel. Analisis proksimat bagi coklat susu karaginan separa tulen adalah kandungan air 14.23±0.05%, kandungan protein 12.53±0.12%, kandungan lemak 6.74±0.08%, kandungan abu 21.44±0.03%, kandungan serabut kasar 24.88±0.21% dan kandungan karbohidrat 20.18±0.08%.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: carrageenan powder, Semi - refined, Eucheuma cottoni, seaweed
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Sep 2013 11:30
Last Modified: 16 Oct 2017 17:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6994

Actions (login required)

View Item View Item