Penentuan kecenderungan rasa di kalangan suku kaum Melayu-Brunei Sabah

Ahmad Riduan Bahauddin (2007) Penentuan kecenderungan rasa di kalangan suku kaum Melayu-Brunei Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001340.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji nilai aras ambang rasa di kalangan suku kaum Melayu Brunei di Kampung Benoni, Papar, Sabah di samping mendapatkan respon mengenai penerimaan rasa bagi 5 rasa asas iaitu manis, masin, masam, umami dan pahit dalam produk makanan terpilih. Perbezaan di antara kumpulan umur dan jantina dibandingkan di dalam kedua-dua peringkat kajian. Aras ambang ditentukan menggunakan kaedah bertangga dan didapati bahawa aras ambang rasa bagi kumpulan panel ini untuk rasa manis adalah 0.9972%., rasa masin adalah 0.0608%, rasa masam adalah 0.0172 %, rasa umami adalah 0.0137% dan rasa pahit pada aras 0.0047%. Hipotesis kajian menyatakan bahawa tiada perbezaan sama ada dari segi nilai ambang rasa mahupun kecenderungan rasa di antara ahli panel. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan beerti (p < 0.05) bagi kesemua nilai ambang rasa di antara kumpulan umur panel kecuali rasa umami. Peringkat seterusnya bagi kajian ini adalah penentuan kecenderungan rasa suku kaum ini terhadap rasa asas dalam produk makanan terpilih dengan menggunakan Ujian Hedonik. Sama seperti nilai ambang rasa didapati terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kesukaan (p< 0.05) antara kumpulan urnur kecuali rasa umami. Narnun begitu, tiada perbezaan signifikan (p > 0.05) antara kumpulan jantina bagi kedua-dua bahagian kajian ini. Kesimpulannya, perbezaan bagi nilai ambang rasa dan kecenderungan rasa tetap wujud di antara individu walaupun mempunyai budaya atau tabiat makanan yang sama. Selain itu, faktor umur merupakan antara penyumbang utama terhadap perbezaan ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: threshold level, taste preference, age, sex
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Sep 2013 16:28
Last Modified: 17 Oct 2017 11:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7010

Actions (login required)

View Item View Item