Pembangunan kuih cincin berselaput fondan cokolat

Pang, Kok Wei (2005) Pembangunan kuih cincin berselaput fondan cokolat. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001343.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kuih cincin merupakan salah satu makanan tempatan Sabah. Fondan merupakan sejenis ising yang digunakan untuk penghasilan kuih cincin dan ia digunakan adalah untuk memberikan rasa yang enak kepada kuih cincin supaya ia mudah diterima oleh orang ramai. Tujuan penghasilan kuih cincin berselaput fondan cokolat adalah untuk mendapatkan satu formulasi kuih cincin berselaput fondan cokolat yang paling diterima. Ujian sensori pemeringkatan dijalankan menujukkan bahawa sampel 520, 721 dan 107 adalah paling digemari. Kemudian, ujian sensori hedonik dijalankan dan keputusan menunjukkan bahawa sampel 107 yang mengandungi 10% kepekatan cokolat dalam fondan, 50% tepung gandum, 15% mentega, 8% gula Melaka, 10% gula pasir, 8% gula merah dan 9% air merupakan sampel yang paling digemari. Analisis proksimat dijalankan atas sampel 107 dan keputusannya menunjukkan sampel 107 mempunyai 9.92% kelembapan, 0.37% abu, 44.18% lemak, 9.54% protein, 0.85% serabut kasar dan 35.13% karbohidrat. Dalam ujian jangka hayat penyimpanan menunjukkan pembungkusan kuih cincin berselaput fondan cokolat menggunakan beg plastik PP adalah 2 minggu dan menggunakan beg plastik LDPE adalah 3 minggu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: kuih cincin, fondant, icing, chocolate, LOPE plastic bag, packaging
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 Sep 2013 10:47
Last Modified: 17 Oct 2017 11:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7051

Actions (login required)

View Item View Item