Analisis proksimat sosej, nugget dan burger ayam mentah di pasaran Kota Kinabalu

Huh, Chee Weng (2005) Analisis proksimat sosej, nugget dan burger ayam mentah di pasaran Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001350.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Bagi penentuan kandungan proksimat sosej, nugget dan burger ayam mentah pad a pasaran Kota Kinabalu, empat jenama produk sosej frankfurter, nugget dan burger ayam telah diperolehi dari pasaran di sekitar Kota Kinabalu seperti di Likas, Kingfisher, Penampang, Damai dan Bandar Kota Kinabalu. Sampel-sampel yang diperolehi telah dianalisis bagi penentuan kandungan air, abu, lemak, protein, serabut kasar dan karbohidrat. Dari keputusan analisis proksimat yang diperolehi, didapati keempat-empat sampel sosej frankfurter memberikan julat kandungan kelembapan antara 57-62%, abu 2.40- 3.30%, lemak 10-22%, protein 13-19% dan karbohidrat 4-7%. Kesemua sampel sosej frankfurter yang dikaji memberikan perbezaan yang signifikan (p<0.05) bagi kandungan kelembapan, abu, protein dan lemak tetapi tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p>0.05) bagi kandungan karbohidrat. Manakala bagi keempat-empat sampel nugget ayam pula memberi julat kandungan kelembapan 46-60%, abu 1-2%, lemak 13-22%, protein 6-11%, karbohidrat 10-30% dan serabut kasar 1-2%. Kesemua sampel nugget ayam memberikan perbezaan yang signifikan (p<0.05) bagi komposisi proksimat yang dikaji. Selain daripada itu, sampel-sampel burger daging ayam yang dikaji memberi julat kelembapan 55-61%, abu 1.50-3.00%, lemak 13-20%, protein 12-14%, karbohidrat 6-12% dan serabut kasar 1-2%. Kesemua sampel burger daging ayam memberikan perbezaan yang signifikan (p<0.05) bagi kandungan abu, serabut kasar dan karbohidrat tetapi bagi kandungan kelembapan, protein dan lemak pula tidak memberikan perbezaan yang signifikan (p>0.05). Daripada hasil keputusan, didapati bahawa sosej berjenama Rose Brand dan Embargo mempunyai kandungan kelembapan yang lebih tinggi daripada piawai yang ditetapkan. Selain Mdaripada itu, kandungan protein bagi kesemua sampel burger ayam dan peratusan daging dalam sampel nugget juga adalah lebih rendah daripada yang ditetapkan oleh piawai.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: chicken sausage, nugget, hamburger, brand, nutrient
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 Sep 2013 10:42
Last Modified: 17 Oct 2017 11:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7059

Actions (login required)

View Item View Item