Ang, Woi Ling (2005) Potensi antimikrob ekstrak acacia mangium terhadap bacillus cereus, staphylococcus aureus, escherichia coli dan candida albicans. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Full text not available from this repository.Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keupayaan antimikrob ekstrak kasar etanol bahagian daun. bunga dan buah Acacia mangium terhadap Bacillus cereus, Staphylococcus aureus, Escherichia coli dan Candida albicans dengan menggunakan kaedah penyebaran disk. Hasil menunjukkan pH bukan punca perencatan mikrob yang diuji dan semua ekstrak A. mangium dapat merencatkan pertumbuhan semua mikrob yang diuji kecuali E. coli. Semua ekstrak kasar A. mangium berupaya merencatkan pertumbuhan B. cereus dan S. aureus masing-masing pada MIC 10 mg/mI dan 30 mg/mI, serta C. albicans pada 40 mg/ml oleh ekstrak bunga dan buah dan 50 mg/mI bagi ekstrak daun. Tiada sebarang kesan perencatan ekstrak A. mangium terhadap E. coli dari kepekatan ekstrak 10-400 mg/mI. Ujian antimikrob pada kepekatan 100-400 mg/ml menunjukkan buah mempunyai keupayaan merencatkan pertumbuhan mikrob dengan zon terencat yang paling tinggi berbanding dengan ekstrak bunga dan daun terutamanya terhadap C. albicans.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Bacillus Cereus, Staphylococcus Aureus, Escherichia Coli, Candida Albicans , Antimikrob Ekstract Acacia Mangium , UV Spektrofotometer |
Subjects: | Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General) |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | MDM FAUZIAH MATSIN |
Date Deposited: | 26 Sep 2013 11:05 |
Last Modified: | 01 Oct 2013 10:37 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7095 |
Actions (login required)
View Item |