Muhamad Afif Bin Ahmad Fadzil (2007) Analisis elemen di dalam tembikar tanah liat dengan menggunakan teknik pendarfluoran sinar-X. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001367.pdf Download (5MB) | Preview |
Abstract
Sembilan serpihan tembikar tanah liat dari Melanta Tutup, Bukit Tengkorak dan Pulau Balambangan, Sabah, Malaysia, yang ditemui oleh labatan Arkeologi Muzium Sabah dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia telah dijadikan sebagai bahan kajian. Serpihan-serpihan ini ditandakan dengan mt I (Melanta Tutup ]), mt2 (Melanta Tutup 2), mn (Melanta Tutup 2), btl (Bukit Tengkorak 1), bt2 (Bukit Tengkorak 2), bt3 (Bukit Tengkorak 3), pb2 (Pulau Balambangan 2), pb2 CPulau Balambangan 2) dan pb3 (Pulau Balambangan 3) dikaji untuk mengetahui elemen yang terkandung di dalamnya dengan menggunakan spektrometer pendarfluoran sinar-X sebaran tenaga. Serpihan tembikar akan dijadikan palet. Sinar-X primer akan disinari ke atas palet dan pengujaan akan berlaku. Semasa pengujaan sinar-X sekunder atau pendarfluor akan terhasil dan ia akan dikesan oleh pengesan Si-PIN. Spektrum-spektrum dengan nilai-nilai tertentu akan terhasil daripada sinar-X sekunder yang dikeluarkan. Setiap elemen akan menghasilkan puncak-puncak nilai yang berlainan. Analisa secara kualitatif mendapati elemenelemen seperti kalsium, besi, silika, aluminium, indium, kalium, natrium, zink dan titanium kerap muncul dalam tembikar yang dikaji. Keputusan anal isis kuantitatif pula mendapati peratusan silika adalah paling tinggi iaitu diantara 56.765% - 74.492% diikuti elemen aluminium (17.763% - 29.016), besi (5.663% - ] 1.874%) , dan kalsium ( 1.052% - 4.638%). Daripada analisis data, dapat disimpulkan bahawa tembikar dari Bukit Tengkorak ini mempunyai persamaan dengan tembikar dari Melanta Tutup yang juga mempunyai kaitan dengan tembikar dari timur Indonesia dan Kepulauan Filipina. Spektrometer sinar-X pendarfluor sebaran tenaga merupakan teknik yang baik dalam mengesan elemen-elemen yang hadir di dalam sampel.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Clay pottery that excavated from Melanta Tutup,energy dispersive x-ray fluorescence spectrometer, Primary x-rays , Primary x-rays ,detector Si-PIN |
Subjects: | T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | MDM FAUZIAH MATSIN |
Date Deposited: | 30 Sep 2013 09:25 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 11:37 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7098 |
Actions (login required)
View Item |