Lady Vivianey Jonney (2010) Amalan pemakanan dan pantang larang di kalangan ibu Kadazandusun selepas bersalin di Klinik Kesihatan Penampang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000298.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Ibu-ibu Kadazandusun kebiasaannya mengamalkan amalan pemakanan dan pantang larang selepas bersalin. Kajian telah dijalankan di Klinik Kesihatan Penampang yang melibatkan 100 responden. Objektif utama kajian adalah untuk mengkaji pemakanan dan pantang larang yang diamalkan oleh ibu-ibu Kadazandusun sewaktu berpantang. Borang soal selidik, pengukuran UT, borang ingatan semula diet 24 jam dan FFQ digunakan untuk mengumpul maklumat. Analisis data pula menggunakan frekuensi dan ujian khi kuasa dua. Majoriti responden berumur 18-22 tahun 30 (30%) orang, berbangsa Kadazan 56 (56%) orang, beragama Kristian 96 (96%) orang, mempunyai 1-2 orang anak 64 (64%) orang, tahap pendidikan sekolah menengah 67 (67%) orang, tidak bekerja 47 (47%) orang, berpendapatan isi rumah sebulan RM1501-RM2000 28 (28%) orang, dan tinggal di rumah sendiri selepas bersalin 49 (49%) orang. 46 (46%) responden mempunyai pengetahuan pemakanan yang baik, dan 64 (64%) responden mempunyai UT unggul dan berisiko biasa terhadap penyakit. Tahap pengamalan pantang larang dipengaruhi oleh tahap pendidikan responden dan tempat tinggal selepas bersalin. Kebanyakan responden memakan banyak nasi, bubur nasi, sayuran berdaun hijau, ayam, telur ayam, air kosong, susu tepung dan biskut semasa berpantang. Seramai 29 (29%) responden mencapai saranan RNI (2500-1680 kkal) untuk pengambilan tenaga, 27 (27%) responden mencapai saranan RNI (75 g) untuk pengambilan protein, tiada responden mencapai saranan RNI (58-86g) untuk pengambilan lemak, dan 14 (14%) responden mencapai saranan RNI (344-402 g) untuk pengambilan karbohidrat. Kebanyakan responden, 72 (72%) orang berpantang selama 30 hari dengan memakan banyak makanan yang dianggap panas (nasi, halia, ayam dan lihing atau samsu) dan mengelakkan makanan yang dianggap sejuk dan berangin (sayur dan buah), dan makanan yang dianggap berbisa, tajam dan gatal (udang, dan ketam).71 (71%) orang mendapat maklumat pemakanan daripada doktor dan ibu kandung, dan 76 (76%) orang mendapat maldumat pantang larang daripada ibu kandung. 95 (95%) responden tidak mandi pada waktu malam, dan 62 (62%) orang tidak berurut dan berbengkung semasa berpantang. Kesimpulannya, ibu-ibu Kadazandusun mengamalkan pantang larang dan amalan permakanan mereka berubah mengikut amalan pantang larang pemakanan yang diamalkan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Kadazandusun mothers, Food practice, Klinik Kesihatan Penampang |
Subjects: | R Medicine > RG Gynecology and obstetrics |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 15 Nov 2011 10:44 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 14:56 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/710 |
Actions (login required)
View Item |