Kesan penambahan Eucheuma Cottonii dan karaginan separa tulennya ke atas ciri-ciri pempesan beberapa jenis kanji

Ong Chee Kong (2005) Kesan penambahan Eucheuma Cottonii dan karaginan separa tulennya ke atas ciri-ciri pempesan beberapa jenis kanji. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001372.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian tentang kesan penambahan serbuk Eucheuma cottonii dan karaginan separa tulennya ke atas retrogradasi dan ciri-ciri pempesan beberapa jenis kanji telah dijalankan. Serbuk EucheumB cottonii disediakan dengan mengisar rumpai laut EucheumB cottonii yang kering. Peratusan perolehan penghasilan serbuk rumpai laut (SRL) adalah sebanyak 73.3% hingga 79.2%. Karaginan separa tulen(KSn diekstrak secara langsung daripada rumpai laut EucheumB cottonii dengan menggunakan kalium hidroksida (0.2 N) pada suhu 80°C selama satu jam. Peratusan perolehan pengekstrakan KST adalah sebanyak 6.5% hingga 7.3%. Analisis spektrum inframerah dengan menggunakan Fourier Transform Infrared Spectroscopy(FTIR) mengesahkan bahawa kandungan utama karaginan separa tulen yang terekstrak daripada EucheumB cottonii adalah karaginan jenis kappa. Kandungan amilosa kanji jagung, kanji ubi kentang dan kanji ubi kayu adalah sebanyak 25.9 ± 0.74%,21.0 ± 0.57% dan 10.3 ± 0.11 % masing-masing. Penambahan 1 % SRL meningkatkan peratusan retrogradasi kanji ubi kayu dan kanji ubi kentang (p<0.05) tatapi tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) didapati terhadap peratusan retrogradasi kanji jagung apabila ditambah dengan 1 % SRL atau 1 % KST. Selain itu, penambahan 1 % KST hanya meningkatkan peratusan retrogradasi kanji ubi kayu sahaja (p<0.05). Kesan penambahan 1 % SRL atau 1 % KST terhadap retrogradasi kanji adalah mengikut turutan kanji ubi kayu > kanji ubi kentang > kanji jagung. Kesan penambahan SRL (1%, 2%,4%, 6%, 8%, 10%and 20%) dan KST (0.2%, 0.4%, 0.6%, 0.8%, 1% and 2%) terhadap ciri-ciri pempesan kanji telah dikaji. SRL dan KST menghasilkan pelbagai kesan terhadap ciri-ciri pempesan kanji dan didapati mengakibatkan perubahan pada lengkung pempesan kanji. Kesignifikanan kesan penambahan KST dan SRL terhadap ciri-ciri pempesan kanji adalah mengikut turutan kanji ubi kentang > kanji jagung > kanji ubi kayu. Penambahan KST memberi kesan yang lebih nyata (p<0.05) daripada SRl. Kelikatan puncak kanji ubi kentang direndahkan dengan ketara (p<0.05) kerana cas negatif pada kappakaraginan menghadkan pengembangan granul kanji ubi kentang. Telah didapati bahawa penambahan SRL atau KST yang tinggi (>1%) akan menghasilkan dua puncak pad a lengkung pempesan kanji ubi kentang. Pemerhatian mikroskop membuktikan bahawa puncak pertama dihasilkan akibat pengembangan granul kanji, manakala puncak kedua adalah disebabkan oleh kesan pemekatan kandungan kappa-karaginan dalam SRL atau KST. Secara umumnya, penambahan SRL dan KST cenderung menganjakkan lengkung pempesan kanji ke kiri dan memanjangkan masa ke puncaK(p<0.05).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Eucheuma cottonii, Seaweed powder (SRL), Semi-refined carrageenan (KST)
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 27 Sep 2013 10:21
Last Modified: 17 Oct 2017 11:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7106

Actions (login required)

View Item View Item