Perbandingan kualiti produk jus oren (dari segi sensori makanan dan sifat luaran) jenama antarabangsa dan tempatan dalam mempengaruhi kecenderungan membeli pelanggan: Kajian terhadap pelajar UMS

Noor Faziyahtun Fabeil (2007) Perbandingan kualiti produk jus oren (dari segi sensori makanan dan sifat luaran) jenama antarabangsa dan tempatan dalam mempengaruhi kecenderungan membeli pelanggan: Kajian terhadap pelajar UMS. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001400.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini mengenai perbandingan kualiti produk jus oren jenama antarabangsa dan tempatan berdasarkan sensori makanan iaitu rasa, bau dan sifat luaran yang menumpukan kepada kecenderungan pelajar-pelajar Universiti Malaysia sabah (UMS) terhadap produk jus oren jenama antarabangsa dan tempatan. Perbandingan ciri-ciri kualiti yang terdapat pada jus oren jenama antarabangsa dan tempatan ditentukan dari segi sensori makanan, mengikut kategori rasa, aroma, warna dan kepekatan, serta melihat faktor-faktor luaran seperti harga dan pembungkusan produk jus oren yang menjadi penentu kepada pemilihan jus oren. Dua kaedah digunakan iaitu tinjauan ke atas pengguna dengan mengedarkan borang soal selidik secara rawak kepada 400 orang responden. Ujian penilaian sensori yang dibahagikan kepada 2 tahap iaitu ujian pemeringkatan (BIB) dan ujian hedonik pula dilakukan kepada 40 orang responden masing-masing. Data dianalisa menggunakan taburan frekuensi, kolerasi dan khi kuasa dua bagi soal selidik dan ANOVA satu hala bagi ujian sensori hedonik. Jenama tempatan (Fruitree) didapati mempunyai ciri-ciri kualiti yang lebih baik dan lebih diterima oleh responden berdasarkan sensori dengan nilai min tertinggi bagi setiap atribut. Responden bersetuju rasa (masam, manis), dan aroma yang baik adalah penentu kepada kualiti jus oren. Wama turut mempengaruhi responden dalam pembelian jus oren dengan X2(l, N= 377) = 15.95, p<0.05. Kaitan antara penggemar dengan aroma jus oren menunjukkan perbezaan yang signifikan iaitu 0.013 pada P< 0.05 dengan nilai r=-0.128. Tiada hubungan signifikan bagi faktor harga dengan umur responden terhadap kecenderungan untuk membeli jus oren jenama tempatan dan antarabangsa. Kebanyakan responden memilih jus oren jenama tempatan berbanding jenama antarabangsa kerana mempunyai kualiti yang baik dari segi sensori makanan dan sifat luaran.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: comparison of the quality of orange juice product, intemational and local brands, food sensory , (BIB) and hedonic test
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 04 Oct 2013 16:48
Last Modified: 17 Oct 2017 11:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7162

Actions (login required)

View Item View Item