Penghasilan rekabentuk pembungkusan bergrafik keropok rumpai laut

Nik Hadzral Nik Hadzir (2006) Penghasilan rekabentuk pembungkusan bergrafik keropok rumpai laut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001401.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi memperolehi rekaan pembungkusan produk keropok rumpai laut yang paling diterima berdasarkan faktor grafik, warna dan bentuk yang berkaitan. Tinjauan awal ke pasaran bagi melihat gaya pembungkusan masa kini dan memilih pembungkusan yang bersesuaian untuk dijadikan sampel kajian. Sebanyak sembilan sampel pembungkusan produk keropok dipilih dan diberikan kod yang sesuai untuk digunakan bagi tinjauan seterusnya. Kemudian tinjauan fasa pertama dijalankan untuk mengenalpasti bentuk, warna dan ciri-ciri grafik yang paling digemari. Seramai 300 responden digunakan bersama dengan borang soal selidik satu. Seterusnya pembangunan rekaan berkomputer merujuk kepada keputusan bentuk, warna dan grafik yang diperolehi dalam tinjauan fasa pertama dilakukan dengan menggunakan pengaplikasian AdobePhotoshop CS 8 dan Adobe Illustrator. bagi tinjauan fasa kedua, seramai 300 orang responden diberikan borang soal selidik dua bersama dengan empat sampel pembungkusan keropok rumpai laut yang telah siap direkabentuk berdasarkan kombinasi tertentu. Dalam pemilihan bentuk, didapati terdapat perbezaan bererti(p<0.05) bagi setiap bentuk yang dikaji. Keputusan menunjukkan bentuk O merupakan bentuk yang paling diterima dengan min tertinggi iaitu 5.04 ± 1.90. 8agi penilaian grafik didapati grafik sampel C paling diterima dengan min terendah iaitu 1.59 ± 0.81. Terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara sampel grafik yang dikaji. Dalam pemilihan warna pula terdapat perbezaan yang signifikan antara kategori umur responden. Sebanyak 36 responden kanak-kanak memilih warna biru manakala kebanyakan responden remaja dengan jumlah 38 orang dan responden dewasa,33 orang lebih menggemari warna hijau. Bagi pembungkusan keropok rumpai laut didapati sampel 8 merupakan sampel yang diterima ramai dengan min terendah 1.86 ± 0.97.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: seaweed crackers, packaging trend, shape, graphic, color .
Subjects: ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ??
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 04 Oct 2013 16:38
Last Modified: 17 Oct 2017 11:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7163

Actions (login required)

View Item View Item