Penentuan tempoh masa pra-rawatan dalam kajian kromosom orkid paphiopedilum rothschildianum (rchb.t) stein

Louis Velda Dominic Salon (2007) Penentuan tempoh masa pra-rawatan dalam kajian kromosom orkid paphiopedilum rothschildianum (rchb.t) stein. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001390.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Paphiopedilum rothschildianum (Rehb.f) Stein merupakan salah satu orkid endemik di Sabah yang dilindung sepenuhnya oleh kerajaan tempatan. Keunikan bunga spesies ini menyebabkannya diancam kepupusan akibat daripada pengambilan secara haram dari habitat semulajadinya. Langkah pemuliharan yang segera harus dilakukan bagi melindungi spesies liar ini. Salah satu kaedah ialah melalui penghasilan spesies hibrid. Potensi spesies hibrid dipasarkan sebagai bunga keratan adalah tinggi. Tetapi sebelum itu, kajian ke atas kromosom spesies ini harus difahami terlebih dahulu. Maka dengan ini, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan tempoh masa pra-rawatan yang sesuai yang mampu mengaruhkan sel ke peringkat metafasa dengan jumlah yang optimum. Sebanyak tiga keratan akar daripada setiap 54 pokok diambil dari Taman Kinabalu dan Poring. Hujung akar dipotong sepanjang 1 cm dan dirawat menggunakan 0.002M 8-hidroxyquinoline pada 4, 5, atau 6 jam pada suhu 18°C. Selepas teknik ketuk dan tekan dibuat, sel akar diperhatikan di bawah mikroskop cahaya dan bilangan sel metafasa dikira. Keputusan menunjukkan masa pra-rawatan 4, 5, dan 6 jam tidak memberikan perbezaan yang ketara terhadap min bilangan sel di peringkat metafasa masing-masing sebanyak 18.35, 19.70, dan 19.44. Frekuensi tertinggi bilangan sel metafasa somatik P. rothschildianum adalah 2n = 26.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Paphiopedilum rothschildianum (Rehb.f) Stein, orkid endemik ,hibrid
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 04 Oct 2013 16:27
Last Modified: 17 Oct 2017 11:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7170

Actions (login required)

View Item View Item