Kandungan protein, lipid dan karbohidrat serta teknik penyimpanan mikroalga pekat nannochloropsis spp.

Nurul Syahidatul Aini Abu Bakar (2007) Kandungan protein, lipid dan karbohidrat serta teknik penyimpanan mikroalga pekat nannochloropsis spp. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001391.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Nannochloropsis spp., sejenis mikroalga marin mempunyai potensi yang tinggi sebagai makanan hidup kepada rotifer dan larva ikan kerana kaya dengan asid eikosapentanoik (EPA, C20:5n3), protein, lipid, dan karbohidrat, Kajian ini dilakukan untuk mengetahui samada teknik dan hayat-penyimpanan Nannochloropsis spp. Pekat mempengaruhi kandungan protein, lipid dan karbohidrat Nannochloropsis spp. Pekat dan untuk mengetahui teknik penyimpanan Nannochloropsis spp. Pekat terbaik yang dapat memelihara kualiti kandungan biokimianya. Nannochloropsis spp. Pekat disimpan dengan menggunakan dua teknik penyimpanan iaitu digoncang dan tidak digoncang. Kandungan biokimia diukur bagi hayat-penyimpanan yang berbeza. Didapati bahawa Nannochloropsis spp. Pekat yang tidak digoncang dapat mengekalkan mutu serta mempunyai hayat-penyimpanan yang lebih lama berbanding Nannochloropsis spp. Pekat yang digoncang. Ini mungkin disebabkan kerosakan sel Nannochloropsis spp. daripada kocakan yang dilakukan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Nannochloropsis spp.,rotifer ,fish larva , protein, lipid ,carbohidrat
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 04 Oct 2013 16:24
Last Modified: 17 Oct 2017 11:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7171

Actions (login required)

View Item View Item