Kesan antimikrobial aktiviti akues bawang putih dan asid asetik serta kombinasinya terhadap Escherchia coli O157:H7, Salmonella enteritidis dan Staphylococus aureus

Wong, Hon Woon (2006) Kesan antimikrobial aktiviti akues bawang putih dan asid asetik serta kombinasinya terhadap Escherchia coli O157:H7, Salmonella enteritidis dan Staphylococus aureus. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001414.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kesan aktiviti antimikrobial daripadai akues bawang putih (Allium sativum) dan asid asetik dikaji pad a kepekatan 0.5%, 1.0%, dan 2.0% serta kombinasinya terhadap Escherichia coli O157:H7, Salmonella enteritidis dan Staphylococus aureus. la ditentukan dengan menggunakan spektrofotometer pada selang masa 0, 6, 12 18, 24, dan 36 jam. Keputusan kajian ini menunjukkan akues bawang putih mempunyai kesan antimikrobial yang lebih berkesan terhadap Escherichia coli 0157:H7, diikuti oleh Salmonella enteritidis dan Staphylococcus aureus di mana akues bawang putih pada kepekatan 0.5%, 1.0% dan 2.0% masing-masing menunjukkan penurunan kepekatan Escherichia coli O157:H7 sebanyak 3.2 log, 4.2 log dan 6 log; Staphylococcus aureus pula dengan 0 log, 1.7 log, dan 5 log; manakala Salmonella enteritidis dengan 2 log, 3.6 log, dan 5.5 log pada jam ke-36. Asid asetik mempunyai kesan antimikrobial yang lebih berkesan terhadap Salmonella enteritidis, diikuti oleh Escherichia coli O157:H7 dan Staphylococcus 8ureus di mana asid asetik pada kepekatan 0.5%, 1.0% dan 2.0%masing-masing menunjukkan penurunan kepekatan Escherichia coli 0157:H7 sebanyak 1 log, 2.7 log dan 4.8 log; Staphylococcus aureus pula menunjukkan pertambahan sebanyak 0.8 log, 1.9 log dan 4.1 log; manakala Salmonella enteritidis dengan 2.1 log, 4.4 log, dan 6 log pada jam ke-36. Keputusan juga menunjukkan menunjukkan bahawa kombinasi antara akues bawang putih dengan asid asetik telah mengurangkan ataupun menghapuskan populasi tiga patogen ini dengan lebih capat berbanding dengan penggunaan akues bawang putih ataupun asid asetik sebagai agen antimikrobial secara individu sahaja.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: garlic extract, acetic acid, Escherichia coli, Salmonella enteritidis, Staphylococus aureus, combination, duration time
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 08 Oct 2013 10:07
Last Modified: 17 Oct 2017 12:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7189

Actions (login required)

View Item View Item