Lian Kinsoi @ William (2003) Penyediaan dan pencirian jerapan bahan penjerap dari sisa buangan pepejal kilang palpa dan kertas. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001422.pdf Download (3MB) | Preview |
Abstract
Penyelidikan ini adalah mengkaji penghasilan bahan penjerap berkarbon dari sisa buangan pepejal kilang palpa dan kertas serta pencirian jerapannya terhadap bahan pencemar terpilih (warna dan COD) yang terdapat dalam air buangan kilang palpa dan kertas. Sampel sisa buangan pepejal (iaitu kulit kayu, knots dan enapan gentian) dan air buangan diperolehi dari Kilang Palpa dan Kertas Sabah Forest Industries Sdn. Bhd. (SFI) di Sipitang, Sabah. Bahan penjerap telah disediakan dari setiap sisa kayu dengan dan tanpa pra-rawatan pada suhu pirolisis yang berbeza. Pencirian keupayaan jerapan bagi setiap bahan penjerap terhadap warna dan COD dari air buangan adalah dinilai berdasarkan kaedah balch adsorption pada keadaan kepekatan pencemar, amaun penjerap dan pH air buangan yang berbeza. Nilai keamatan warna dan kepekatan COD adalah ditentukan sebelum dan selepas setiap jerapan. Hasil bahan penjerap yang tertinggi telah diperolehi dari sisa jenis kulit kayu (acacia sp.), tetapi peratus hasil adalah menurun dari 68.8 % hingga 34.8 % apabila suhu pirolisis meningkat dari 250°C hingga 850°C. Bag; bahan penjerap ini pra-rawatan dengan H2S04 5M memberikan peratus hasil yang lebih tinggi berbanding tanpa pra-rawatan. Secara relatifnya bahan penjerap yang dihasilkan dari kulit kayu pada suhu 750°C tanpa pra-rawatan telah mempamirkan keupayaan jerapan warna dan COD yang tertinggi dan air buangan. Proses jerapan didapati mencapai 'keseimbangan' dalam tempoh 60 minit dan mematuhi kinetik tertib pertama. Peratus jerapan meningkat dengan suhu pirollsls, pra-rawatan asid dan nisbah bahan penjerap : bahan pencemar (iaitu amaun penjerap), tetapi menurun dengan peningkatan kepekatan bahan pencemar. Pengaruh pH pula adalah tidak signifikan. Jerapan sehingga 90 % dan 70 % masing-masing telah dicapai bagi warna dan COD. Jerapan warna mematuhi dengan baik isoterma jerapan Freundlich dan Langmuir, bagaimanapun jerapan COD kurang mematuhi kedua-dua isoterma tersebut. Walaupun bahan penjerap yang dihasilkan dari kulit kayu pada suhu 750°C tanpa pra-rawatan menunjukkan kemampuan yang baik untuk menjerap warna dan COD pada keadaan makmal, ianya tidak sesuai digunakan pada skala industri di kilang palpa dan kertas SFI. Ini kerana jumlah isipadu air buangan yang dihasilkan oleh kilang tersebut adalah terlalu besar.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | carbonaceous adsorbent, pulp, paper mill solid waste, adsorb colour, COD, temperature |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 08 Oct 2013 12:26 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 12:05 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7207 |
Actions (login required)
View Item |