Antropometri dan pengambilan makanan bagi pesakit diabetes yang hadir di pesakit luar Klinik Luyang, Kota Kinabalu

Cheah, Poh Kheong (2005) Antropometri dan pengambilan makanan bagi pesakit diabetes yang hadir di pesakit luar Klinik Luyang, Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001431.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif utama penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengkaji status pemakanan pesakit diabetes berasaskan kaedah antropometri dan pengambilan makanan. Penyelidikan ini dijalankan ke atas 120 orang pesakit diabetes yang hadir untuk mendapatkan rawatan di Unit Diabetes, Klinik Pesakit Luar Luyang. Pesakit diabetes telah ditemubual secara bersua muka mengenai data demografi, sejarah perubatan, tabiat pemakanan dan gaya hidup. Data antropometri seperti berat badan dan ketinggian dirujuk dari rekod perubatan pesakit diabetes dan pengiraan Indeks Jisim Tubuh (IJT) dibuat untuk menentukan status pemakanan pesakit diabetes. Pengambilan makanan pesakit diabetes juga telah dinilai dengan kaedah ingatan diet 24 jam dan kekerapan pengambilan makanan. Data yang diperoleh daripada kaedah ingatan diet 24 jam telah dlanalisis dengan menggunakan program Nutrical dan Foodwise. Daripada 120 orang responden, 63 (52.5%) orang adalah mempunyai berat badan yang berlebihan (IJT≥25kg/m2) dan 18 (15%) orang adalah obesiti (IJT≥30kg/m2). Data daripada hasil analisis dietari menunjukkan bahawa min kalori yang tertinggi bagi responden lelaki adalah terdiri daripada bangsa Dusun iaitu sebanyak 79.9% daripada saranan Syor Elaun Diet Malaysia. Manakala min kalori yang tertinggi bagi responden perempuan adalah terdiri daripada kumpulan etnik yang lain, iaitu 118.8% daripada saranan RDA. Bangsa Bajau mencapai peratusan pengambilan karbohidrat yang lebih daripada saranan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM), iaitu 60.6%. Bagi peratusan pengambilan protein, bangsa India tidak mencapai saranan PDM, iaitu hanya 8.7%. Peratusan pengambilan lemak adalah konsisten dengan PDM, kecuali bangsa Cina (33.2%), Brunei (35.6%) dan kumpulan etnik yang lain (35.0%). Berdasarkan kajian ini, seramai 76 (63.3%) orang responden adalah berada pada umur antara 41 - 60 tahun dan sebanyak 66 (55%) orang mempunyai penyakit diabetes dalam sejarah keluarga. Ini telah menunjukkan faktor kelebihan berat badan, umur dan sejarah keluarga merupakan faktor-faktor risiko bagi pesakit diabetes di klinik tersebut. Kajian ini juga mendapati bahawa kebanyakan responden di klinik tersebut adalah terdiri daripada bangsa Cina. Jumlah ini mencatat 57 (47.5%) orang daripada jumlah keseluruhan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: diabetic, anthropometry method, race and ethnic, age, fat intake, BMI
Subjects: ?? RA0421 ??
T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 10 Oct 2013 15:15
Last Modified: 17 Oct 2017 12:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7246

Actions (login required)

View Item View Item