Lerry Vinson (2005) Perkembangan dan pengujian elektrod pemilih-ion bagi ferum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001448.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Satu elektrod membran plastik yang menggunakan kurkumin (l,7-bis(hydroxy-3- metoxyphenyf)-1 ,6-bu{adiane-3,5-dion) sebagai bahan elektroaktif atau ionopor telah dibina sebagai Elektrod Pemilih-Ion (ISE) bagi ion Fe(III). Komposisi membran elektrod terdiri daripada kurkumin (1%), diethylphthalate (DEP) (33%), PVC (66%) dan garam lipofilik NaTPB (1%). Elektrod (Fe(III)ISE) menunjukkan respon linear pada julat kepekatan 1.0 x 10-4 hingga 3.5 x 10-6 M dengan kecerunan Nernstian 16.8 mVdekad-1 pada 25°C. Elektrod ini menunjukkan respon yang baik pada pH 2 hingga 4 dan pH 3 diambil sebagai pH optimum untuk dalam keseluruhan kajian. Had pengesanan bagi Fe(III)ISE adalah pada 9.4 x 10-7 M dengan masa respon kurang daripada 20 saat. Beberapa kation seperti Co(Il), Cu(II), Zn(II), Ca(II), Na, dan K didapati tidak mengganggu fungsi elektrod dalam penentuan ion Fe(III). Elektrod boleh digunakan secara berterusan selama 4 minggu. Hasil analisis satu sampel air dengan menggunakan Fe(III)ISE tidak selaras dengan nilai yang diperolehi menggunakan AAS. Kaedah analisis menggunakan Fe(III)ISE menunjukkan perkaitan yang baik terhadap kaedah analisis menggunakan AAS dengan peratus perkaitan 96% (r=0.9597). Analisis ion Fe(III) dalam sampel air menunjukkan sensitviti Fe(III)lSE tidak setanding AAS.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | plastic membrane electrode , ionophore , Ion Selective Electrode, lipophilic salt NaTPB |
Subjects: | Q Science > QD Chemistry |
Depositing User: | MDM FAUZIAH MATSIN |
Date Deposited: | 31 Dec 2013 11:26 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 12:23 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7280 |
Actions (login required)
View Item |