Tahap pengambilan mi segera dalam mempengaruhi amalan pemakanan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Razlyn Abd Razak (2006) Tahap pengambilan mi segera dalam mempengaruhi amalan pemakanan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001480.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap pengambilan mi segera yang mempengaruhi amalan pemakanan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Dua kawasan kajian telah dipilih iaitu kolej kediaman di dalam dan di luar kampus induk Kota Kinabalu. Kajian ini melihat tahap pengambilan mi segera di kalangan pelajar, pengetahuan tentang amalan pemakanan seimbang, perbandingan di antara jantina dan faktor-faktor pengambilan mi segera. Seramai 570 responden terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan terlibat di dalam kajian ini. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik. Analisis kajian ini menggunakan ujian khi kuasa dua, ujian korelasi dan ujian Multiple Dichotomy Analysis. Nilai perhubungan yang wujud bagi kesemua hubungan di dalam anal isis kajian adalah signifikan (p<0.05). Hasil ujian khi kuasa dua menunjukkan bahawa pelajar yang menetap di kolej kediaman dalam dan luar kampus memilih kekerapan pengambilan mi segera pada kadar 2 kali dalam tempoh masa seminggu iaitu seramai 195 (34.2%) orang. Nilai khi kuasa dua adalah 15.329 dan nilai korelasi pula adalah 0.034. Seramai 559 (98.0%) orang mengetahui tentang amalan pemakanan seimbang yang terdiri daripada seramai 284 (49.8%) orang responden yang menetap di kolej kediaman luar dan 275 (48.2%) orang responden yang menetap di kolej kediaman dalam. Seramai 195 (34.2%) orang responden lebih kerap memilih kekerapan sebanyak 2 kali seminggu iaitu terdiri daripada 105 (18.4%) orang responden lelaki dan 90 (15.8%) orang responden perempuan. Sebab utama pengambilan mi segera adalah atas alasan untuk mengalas perut iaitu seramai 411 (72.1 %) orang. Secara keseluruhannya, tahap pengambilan mi segera di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah berada pada tahap yang boleh diterima.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: intake level, instant noodle, level of knowledge, dietary practice, gender
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 Oct 2013 09:17
Last Modified: 17 Oct 2017 12:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7367

Actions (login required)

View Item View Item