Siti Hasmah Abu Hassan (2004) Analisis minyak pati daripada Cananga fruticosa dan Michelia alba dengan menggunakan kaedah GC-FID. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001515.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti sebatian kimia yang hadir di dalam minyak pati spesis Cananga fruticosa dan Michelia alba. Kajian dilakukan secara penyulingan hidro ke atas sampel bagi mendapatkan minyak patinya. Minyak pati kemudiannya dianalisis dengan GC-FID. Berat sampel yang digunakan ialah 111.7 g bagi Cananga fruticosa dan 113.3 g bagi Michelia alba. Berat rninyak pari tuJen yang diperolehi bagi Cananga fruticosa ialah 1.4 g manakala bagi Michelia alba pula ialah 1.5g. Warna minyak pati bunga Cananga fruticosa ialah kuning sementara minyak pati Michelia alba pula ialah kuning pucat. Terdapat 36 puncak pada kromatogram Cananga fruticosa, termasuk 3 puncak utama iaitu pada masa penahanan 24.72, 28.97 dan 33.56 minit. Sebatian yang badir pada masa penabanan tersebut ialah 4-heptanolida (2.33%), alfa-muurolene (2.85%) dan (E)-nerolidol (4.61%).Kromatogram Michelia alba mengandungi 31 puncak termasuk satu puncak utama pada masa penabanan 18.33 minit iaitu (E)-rose oksida (16.06%). Sebatian yang paling signifikan dalam Cananga fruticosa ialah (E)-nerolidol manakala dalam Michelia alba pula ialah (E)-rose oksida.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Cananga fruticosa, Michelia alba, hydro distillation method, GC-FID |
Subjects: | Q Science > QD Chemistry |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 09 Jan 2014 14:44 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 13:03 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7449 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |