Hii, Luh Siong (2006) Pembinaan dan pengujian sistem panel suria di SST. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001524.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Komponen elektronik dan mekanikal merupakan elemen asas kajian terhadap litar sistem penjejakan suria. Sistem penjejakan suria ini membolehkan permukaan panel suria sentiasa bersudut tepat dengan gerakan matahari supaya tenaga suria yang maksimum dapat diterima. Dua kaedah yang berasingan dijalankan dalam kajian tersebut iaitu melalui sistern penjejakan suria dan sistem tanpa penjejakan suria. Di samping itu, sudut kecondongan panel suria dengan sinaran matahari juga diambil kira. Didapati bahawa keterikan sinaran matahari yang terang akan meningkatkan arus keluaran panel suria. Arus maksimun bagi sistem penjejakan suria adalah 0.164A dan arus maksimum bagi sistem tanpa penjejakan suria adalah 0.148A. Perlaksanaan kajian tersebut adalah untuk mendapatkan bandingan kuasa output antara sistem penjejakan suria dengan sistem tanpa penjejakan suria. Bandingan kuasa output yang paling rendah adalah pada jam 1200 dengan 0.206W. Daripada kiraan, julat perbezaan kuasa dalam kajian tersebut adalah 0.116W. Peratusan perbezaan kuasa output antara julat terbesar bagi sistem penjajekan suria adalah 59.59% dan bagi sistem tanpa penjajekan suria pula adalah 71.71%. Bandingan kuasa output ini juga dipengaruhi oleh sudut kecondongan antara sistem penjejakan suria dengan sistem tanpa penjejakan suria.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | sun tracking system, solar panel, solar energy, comparator, energy output |
Subjects: | T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 21 Nov 2013 15:51 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 13:22 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7470 |
Actions (login required)
View Item |