Kesan perbezaan nitrogen dalam media conway terhadap pertumbuhan dan komposisi biokimia Isochrysis galbana

Nik Ili Hasyyati Mustafa Kamal (2005) Kesan perbezaan nitrogen dalam media conway terhadap pertumbuhan dan komposisi biokimia Isochrysis galbana. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001530.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Eksperimen ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan sumber nitrogen yang berlainan dalam pengkulturan lsochrysis galbana. Kajian tersebut telah dilaksanakan di Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), UMS dalam tempoh masa 3 bulan. Empat rawatan dengan kawalan masing-masing pada kadar 10g NO3, 7.5g NO3+2.5g NO2, 5g NO3+5g NO2, 2.5g NO3+7.5g NO2 dan 10g NO2 telah digunakan. Kelima-lima rawatan telah direplikasikan sebanyak dua kali. Keputusan menunjukkan 1 galbana yang dikultur dalam 10g NO3 memperolehi kandungan komposisi biokimia terbaik. Analisis abu yang paling tinggi terdapat dalam R4 iaitu sebanyak 24.52±0.72%, manakala yang paling rendah terdapat dalam sampel kawalan iaitu sebanyak 14.21±1.89%. Bagi analisis protein, jumlah yang paling banyak terdapat dalam R4 iaitu sebanyak 36.33±2.05%. R3 pula mengandungi jumlah protein yang paling sedikit iaitu sebanyak 10.52±1.06%. Sampel kawalan mengandungi jumlah klorofila yang tertinggi iaitu sebanyak 0.58±0.02 mgL-1 dan jumlah klorofila yang paling sedikit terdapat pada R4 iaitu sebanyak 0.37±0.00 mgL-l. Bagi analisis lipid, kawalan adalah yang paling banyak lipid iaitu sebanyak 15.71± 0.40% dan yang paling rendah terdapat pada R4 iaitu sebanyak 4.93±1.04%. Manakala bagi organik, R2 mengandungi kandungan organik tertinggi iaitu sebanyak 58.29±0.23% manakala sampel kawalan mengandungi jumlah organik yang paling sedikit dengan jumlah sebanyak 34.09±6.73%. Keputusan ujian yang dilakukan menunjukkan penggunaan sumber nitrogen seperti nitrat adalah sangat baik bagi pertumbuhan sel dan juga penghasilan jumlah klorofil, lipid dan juga jurnlah organik. Manakala penggunaan nitrit 100% akan meningkatkan jumlah abu dan juga protein.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: effect of nitrogen, Isochrysis galbana, biochemical composition, nitrite, protein composition, cell growth
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 Nov 2013 14:36
Last Modified: 17 Oct 2017 13:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7483

Actions (login required)

View Item View Item