Pencirian bahan konkrit dengan menggunakan ujian slump dan difraktometer pembelau sinar - X (XRD)

Mohammad Redzuan Abdul Moin (2007) Pencirian bahan konkrit dengan menggunakan ujian slump dan difraktometer pembelau sinar - X (XRD). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001533.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilaksanakan adalah bagi mencirikan bahan konkrit gred 35, tiga kaedah pencirian telah digunakan iaitu ujian slump, ujian kekuatan dan pembelauan sinar-x . Didapati daripada ujian slump nilai yang diperolehi adalah 90 mm. Ujian ini dilakukan untuk melihat kebolehkerja suatu bancuhan konkrit. Bagi nilai yang diperolebi ini didapati tahap kebolehkerja bancuhan ini sangat kecil. Kaedah kedua pula iaitu ujian kekuatan ke atas konkrit dijalankan untuk melihat kekuatan kiub konkrit mengikut tempoh masa diawetkan. Selama 28 hari diperlukan bagi melihat keberkesanan konkrit yang dibancuh, tempoh ini juga adalah tempoh matang bagi semua bancuhan konkrit. Keputusan yang diperolehi didapati pada hari ketiga ujian kekuatan, kiub konkrit mampu menampung tekanan sebanyak 180 kN, manakala pada hari ketujuh nilainya ialah 210 kN dan yang terakhir sekali pada hari kedua puluh lapan nilainya mencapai 365 kN. Peningkatan kekuatan ini memenuhi teori pengawetan konkrit di dalam air dan mencapai nilai kekuatan yang diperlukan bagi konkrit gred 35. Pada peringkat yang terakhir iaitu penggunaan teknik pembelauan sinar-x mendapati unsur yang kerap diperolebi ialah Si02. Ini disebabkan kandungan yang paling banyak digunakan dalam bancuhan konkrit adalah pasir. Selain SiO2 terdapat unsur-unsur lain yang didapati antaranya ialah TiFeSi2, CaCuV2O7, Ca(AhShOs), Al2SiO5 dan Al3FeSi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: slump test, strength test, x-ray diffraction, concrete, fine aggregate
Subjects: T Technology > TH Building construction
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 20 Nov 2013 14:59
Last Modified: 17 Oct 2017 13:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7487

Actions (login required)

View Item View Item