Pemodelan kepekatan karbon monoksida di jalan-jalan utama di pusat bandar Kota Kinabalu

Ong, Pei Tze (2005) Pemodelan kepekatan karbon monoksida di jalan-jalan utama di pusat bandar Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001536.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian pemodelan CO telah dijalankan di tiga rangkaian jalan utama di Pusat Bandar Kota Kinabalu iaitu lokasi A (Jalan KK By Pass- Jalan Tunku Abdul Rahman- Jalan Tuaran), lokasi B (Jalan Tun Fuad Stephen- Jalan Tun Razak-Jalan Coastal- Jalan Kemajuan), dan lokasi C (Jalan Tun Fuad Stephen- Jalan Kemajuan). Pengukuran CO dan pengiraan bilangan kenderaan mengikut jenis kategori dalam purata 1 jam dilakukan di 7 stesen di sepanjang lokasi-Iokasi kajian A, B dan C dalam 3 sesi puncak, iaitu pagi (0730-1030); tengah hari (1130-1430); dan petang (1630-1830). Pemodelan CO di setiap lokasi kajian pada tahun 2004 memodelkan dengan menggunakan model penyarakan CAL3QHC. Hasil kajian mendapati di sepanjang lokasi kajian B menunjukkan paras CO yang lebih tinggi berbanding dengan lokasi A dan C dengan kepekatan tertinggi di S6, iaitu 11 .2 ppm. Kepekatan CO yang diramal (2004) menunjukkan korelasi positifyang baik dengan yang diukur. Kajian pemodelan selepas tempoh 10 tahun (2014) juga mendapati paras CO di S6 meningkat sebanyak 42% kepada 13 ppm. Kadar peningkatan paras CO di setiap lokasi adalah masing-masing antara 20.7% - 55.4% (lokasi A); 40.4% - 55.7% (lokasi B); dan 20.0% - 45.2% (lokasi C). Hasil kajian juga mendapati bilangan kenderaan yang melalui kawasan stesen pengukuran mempunyai korelasi yang baik dengan paras kepekatan CO. Kajian ke atas pendedahan terhadap 47 penerima di sepanjang lokasi-lokasi kajian mendapati tidak ada penerima yang terdedah dengan paras kepekatan CO yang melebihi garisan panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar,iaitu 30 ppm (1 jam purata).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Kota Kinabalu City Centre, CO dispersion modeling, CO concentration, DOE
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Nov 2013 11:11
Last Modified: 17 Oct 2017 13:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7497

Actions (login required)

View Item View Item