Penyelesaian kesesakan lalu lintas di bulatan Kingfisher

Yew, Chin Sing (2006) Penyelesaian kesesakan lalu lintas di bulatan Kingfisher. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001560.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini merupakan kajian terhadap ketibaan bilangan kenderaan pada persirnpangan lampu isyarat dan persimpangan bulatan. Selain itu, kajian ini juga dijalankan bagi mengkaji hubungan di antara bilangan ketibaan kenderaan dan pemergian kenderaan terhadap taburan Poisson dan taburan Eksponen. Daripada kajian yang dijalankan dengan kaedah menggunakan ujian khi-kuasa dua dan graf telah menunjukkan bahawa ketibaan kenderaan adalah mengikut taburan Poisson dan pemergian kenderaan adalah mengikut taburan Eksponen. Selain daripada itu, penggunaan jadual atau membina carta bar untuk mengumpul dan merekodkan data dapat menunjukkan data yang dipungut dengan lebih teliti. Program Pengatucaraan Pakej Statistik (SPSS) dan Microsoft Excel digunakan semasa proses pengiraan dan pembahagian data supaya keputusan yang didapati dengan lebih tepat. Disamping itu, data yang dipungut juga dapat menunjukkan perbezaan kesesakan lalu lintas yang disebabkan oleh kenderaan pada persimpangan bulatan dan persimpangan lampu isyarat. Walaupun kesesakan lalu lintas berlaku pada persimpangan yang berlainan tetapi kesesakan masih dapat dikawalkan. Oleh demikian, tindakan perlu diambil untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas sebelum kesesakan lalu lintas bertambah serius

Item Type: Academic Exercise
Keyword: vehicle, Lintas cross-junction, UMS cross-junction, Kingfisher round-about, number of departure, number of arrival
Subjects: T Technology > TE Highway engineering. Roads and pavements
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 Nov 2013 15:20
Last Modified: 11 Oct 2017 10:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7602

Actions (login required)

View Item View Item