Amrie Anwar (2007) Jerapan pewarna asid dan bes oleh Biojisim alga Sargassum sp. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001575.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Jerapan pewarna Acid Blue 74 (AB74) dan Methylene Blue (MB) pada biojisim Sargassum sp. telah dikaji mengikut kaedah kelompok. Kajian ini melibatkan pengaruh masa dan kepekatan awal terhadap jerapan. Kepekatan akhir pewarna ditentukan dengan menggunakan kaedah spektrofotometer. Peratus jerapan AB74 dan MB didapati meningkat dengan peningkatan masa penggoncangan dalam. Kinetik tindakbalas jerapan AB74 dan MB ini adalah lebih mematuhi kinetik tertib pseudo kedua berbanding tertib pseudo pertama. Dari segi pengaruh kepekatan awal pewarna, peratus jerapan AB74 semakin menurun dengan peningkatan kepekatan manakala peratus jerapan MB pula semakin meningkat. Kedua-dua jerapan adalah lebih mematuhi isoterma Freundlich berbanding isoterma Langmuir. Perbandingan jerapan pada masa dan kepekatan awal yang sama menunjukkan peratus jerapan AB74 adalah lebih tinggi berbanding dengan MB.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | algal biomass, Methylene Blue, Acid Blue, dye concentration |
Subjects: | Q Science > QD Chemistry |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 16 Dec 2013 14:33 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 10:58 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7639 |
Actions (login required)
View Item |