Lee, Boon Ha (2006) Fotodegradasi pewarna Naphthol Blue Black (NBB) menggunakan saput tipis tiO2 yang didopkan dengan Ion Fe3+ dan Ag +. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001584.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Degradasi pewarna Napthol Blue Black (NBB) dalam larutan akuas telah dijalankan dengan menggunakan sistem pemangkinan-foto berasaskan saput tipis TiO2 yang didopkan dengan Fe3+ dan Ag+. Penghasilan saput tipis TiO2 telah dilakukan dengan menggunakan kaedah celup-angkat-kering sol-gel Hasil kajian ini menunjukkan bahawa saput tipis TiO2 dengan 10 kitar celupan adalah lebih berkesan berbanding dengan 5 kitar celupan dalam semua ujikaji yang telah dijalankan. Walaubagaimanpun, ion pendop Fe3+ dan Ag + telah menyebabkan sistem TiO2/UL-A menjadi kurang berkesan. Keberkesanan saput tipis TiO2 yang dihasilkan terhadap degradasi pewarna NBB didapati menurun mengikut urutan yang berikut: TiO2/H202/UL-A> Ti02/UL-A> Fe3+ +Ag + /TiO2/H2O2/UL-A> Fe3+ +Ag + /TiO2/UL-A> H2O2/UL-A. Proses degradasi pewarna NBB dengan menggunakan sistem pemangkinan-foto tersebut adalah mematuhi kinetik tindak balas tertib pertama pseudo dengan nilai pemalar kadar, k dari julat 0.0012 min-1 hingga 0.0083 min-1.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Napthol Blue Black, aqueous solution, photocatalytic system, coatingwithdrawing-drying method |
Subjects: | Q Science > QD Chemistry |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 09 Dec 2013 12:32 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 11:13 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7707 |
Actions (login required)
View Item |