Fadhilah Amidin (2007) Kualiti biji koko kering dari pelbagai fermentasi di kawasan Tenom. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001605.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kualiti biji koko dari pelbagai fennentasi yang dihasilkan dari Kawasan Pantai Barat Sabah, Tenom telah dikaji dan sampel didapati daripada biji yang telah difermentasi dengan masa dan bekas fermentasi yang berbeza-beza dan dikeringkan menggunakan teknik semulajadi pada satu tempoh masa. Kajian yang dilakukan ada dari segi kimia dan juga fizikal iaitu ujian belahan, indeks fermentasi, penentuan pH, kandungan kelembapan, asid boleh dititrat dan juga analisis asid organik dengan menggunakan HPLC. Ujian belahan menunjukkan sampel Ying Hong dan LNY mempunyai peratus biji coklat yang rendah iaitu kurang daripada 60% manakala sampel Nyen Tai dan Kg. Baru Jumpa mengandungi biji coklat lebih daripada 60% di mana nilai ini mematuhi kualiti biji koko kering Standard Malaysia. Kandungan kelembapan bagi sampel Ying Hong mencatat nilai tertinggi iaitu 10.9% manakala sampel Kg. baru Jumpa mencatat nilai terendah iaitu 6.18%. Nilai pH sampel biji koko kering adalah berjulat dari pH 3.08 hingga pH 4.66. Di samping itu, indek fermentasi menunjukkan nilai sampel Ying Hong dan LNY kurang daripada 1 manakala sampel Kg. Baru Jumpa dan Nyen Tai menunjukkan nilai lebih daripada 1. Analisis asid organik dalam sampel menunjukkan asid propionik mencatatkan nilai tertinggi dalam kandungan sampel.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | cocoa bean, fermentation, duration, natural technique, moisture content, Acid organic |
Subjects: | Q Science > QK Botany |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 10 Dec 2013 14:29 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 15:39 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7751 |
Actions (login required)
View Item |