Kesan gelombang bunyi terhadap pertumbuhan cendawan (Tiram Kelabu)

Maicke Ronie Minin (2007) Kesan gelombang bunyi terhadap pertumbuhan cendawan (Tiram Kelabu). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001749.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Eksperimen ini bertujuan untuk mengkaji kesan gelombang bunyi terhadap tumbesaran buah jasad cendawan jenis Tiram Kelabu. Dalam kajian ini, terdapat tiga sampel kajian disediakan. Sampel pertama adalah sampel dalam keadaan bebas di mana buah jasad cendawan dibiarkan bertumbuh tanpa dipengaruhi oleh gelombang bunyi. Manakala sampel kedua, buah jasad yang sedang bertumbuh dipengaruhi oleh gelombang bunyi dengan menggunakan suatu set radio. Sampel ketiga pula, bunyi pada frekuensi 12KHz dikenakan kepada buah jasad sampel kajian yang sedang bertumbuh. Setiap sampel ditempatkan dalam suatu bilik yang mempunyai sistem penghawa dingin. Suhu pada aras yang berbeza iaitu pada 23°C, 27ºC dan sampel yang dikejutkan suhu dari 23°C ke 27ºC dikenakan ke atas tiga sampel kajian. Keadaan ini dibiarkan dalam beberapa hari pada setiap masa sebingga buah jasad mencapai peringkat kematangan untuk dipetik. Setiap perubahan yang berlaku ke atas tumbesaran buah jasad cendawan dicatat. Proses pengukuran buahjasad dijalankan selepas ia dipetik. Keputusan yang diperolehi daripada ketiga-tiga sampel kajian ini dianalisis dan dibandingkan dengan menggllnakan jadual taburan. Daripada kajian ini, didapati bunyi yang dihasilkan daripada set radio pada julat amplitud dari 94 dB bingga 98 dB dan mempunyai frekuensi yang berbeza-beza tidak menunjukkan sebarang kesan terhadap tumbesaran buah jasad. Begitu juga dengan gelombang bunyi pada amplitud 50.5 dB serta pada frekuensi tetap 12KHz di mana ia tidak memberi sebarang kesan terhadap tumbesaran buah jasad. Namun, faktor suhu memberi kesan yang amat ketara terhadap tumbesaran buah jasad. 8uhu Sampel yang dikenakan suhu 23°C menunjukkan keadaan buah jasad yang tidak segar. Manakala, pada sampel yang dikenakan suhu 27ºC pula menunjukkan terdapat buah jasad yang mencapai peringkat kematangan dan menjadi spesies cendawan yang segar namun terdapat juga beberapa yang mati sebelum mencapai peringkat tersebut. Sementara itu, melihat kepada'sampel yang dikenakan kejutan suhu dari 23°C kepada 27ºC, semua buah jasad telah mencapai peringkat kematangan dengan baik

Item Type: Academic Exercise
Keyword: mushroom growth, sound wave, temperature, frequency, radio
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 07 Jan 2014 11:06
Last Modified: 10 Oct 2017 16:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7984

Actions (login required)

View Item View Item