Sistem pemuliharaan setempat Rafflesia di Rafflesia Conservation Garden, Ranau, Sabah

Siti Kathijah Johnidi (2007) Sistem pemuliharaan setempat Rafflesia di Rafflesia Conservation Garden, Ranau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001754.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini beltujuan untuk memperihalkan sistem pemuliharaan setempat yang sedang dijalankan di kawasan kajian Rafflesia Conservation Garden, Kg. Kokob Baru, di Daerah Ranau, Sabah. Selain daripada itu, kajian ini turut mengkaji hubungan Rafflesia keithii dengan serangga (lalat) dan dengan Tetrastigma yang ada di kawasan taman tersebut. Parameter yang diukur adalah kepadatan R. keithii dan Tetrastigma dan bilangan agen pendebungaan yang hadir. Kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah temubual, kuadrat, dan pemerhatian secara langsung. Hasil daripada kajian ini, terdapat dua kaedah yang digunakan oleh pihak pengurusan Rafflesia Conservation Garden untuk memulihara tumbuhan R. keithii iaitu pengayaan tumbuhan Tetrastigma dan membina 'board walk'. Menerusi kaedah 'board walk' tumbuhan Tetrastigma, putik R. keithii dan tumbuh-tumbuhan yang lain secara tidak langsung turut terpelihara daripada kesan pijakan. Namun, bilangan agen pendebunga Rafflesia yang terdapat di taman ini adalah lebih rendah daripada jangkaan iaitu hanya 23 ekor dapat diperhatikan hinggap di R. keithii dari pukul 10 pagi sehingga pukul lima petang. Agen pendebungaan R. keithii adalah daripada spesies Lucilia papuensis.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: conservation system, Rafflesia Conservation Garden, Rafflesia keithii, Tetrastigma, pollination agent
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 07 Jan 2014 16:12
Last Modified: 10 Oct 2017 16:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7990

Actions (login required)

View Item View Item