Kesan hormon dan cahaya terhadap pengaruhan kalus daripada eksplan daun Etlingera coccinea

Nursyamimi Md. Yazid (2007) Kesan hormon dan cahaya terhadap pengaruhan kalus daripada eksplan daun Etlingera coccinea. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001760.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Etlingera coccinea adalah sejenis tumbuhan yang termasuk dalam famili Zingiberaceae, yang membiak melalui pecahan rizom. Kajian ini dijalankan untuk menguji kesan hormon, media, dan pencahayaan yang berlainan untuk mendapatkan kesan yang paling baik untuk pengaruhan kalus dalam pengkulturan eksplan daun E. coccinea. Satu kaedah telah ditemui untuk menghasilkan kalus daripada E. coccinea. Daun muda E. coccinea dipotong dan dikulturkan atas media kultur MS yang dirawat dengan menggunakan hormon perangsang pertumbuhan secara tunggal dan kombinasi pada kepekatan di antara 0.1 hingga 11 .0µM. Hormon BAP dan NAA digunakan dalam rawatan yang menggunakan hormon tunggal. Manakala bagi kombinasi hormon pula memerlukan dua gabungan hormon yang berlainan iaitu gabungan antara BAP dan 2,4-0, BAP dan NAA, BAP dan IAA, serta Kinetin dan 2,4-D. Eksplan daun dikultur di atas media rawatan dengan jumlah sukrosa 3% (w/v), pH yang telah diselaraskan iaitu 5.7±0.l, pada suhu 25 ± 2°C, dan diletakkan di bawah keadaan cerah dan gelap sepanjang masa. Keputusan yang diperolehi daripada kajian ni menunjukkan bahawa pengkulturan yang diletakkan di bawah keadaan gelap sepanjang masa mempunyai peratus penghasilan kalus yang lebih tinggi berbanding cerah. Rawatan menggunakan kombinasi hormon pula lebih banyak menghasilkan kalus daripada rawatan menggunakan hormon tunggal. Kombinasi hormon antara BAP dan 2,4-0 serta Kinetin dan 2,4-0 adalah kombinasi yang paling baik untuk pengaruhan kalus. Pembentukan kalus yang paling optimum adalah dalam kombinasi 5.0µM BAP + 5.0µM 2,4-D dan 10.0µM KIN + 8.0µM 2,4-D yang diletakkan dalam keadaan yang gelap sepanjang masa.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Etlingera coccinea, rhizome, culture medium, condition, combination hormone, treatment, callus production
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 07 Jan 2014 15:52
Last Modified: 10 Oct 2017 16:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7996

Actions (login required)

View Item View Item