Aplikasi teknik Tindakan Berantai Polimerase (PCR) dalam pengenalpastian strain Escherichia Coli dalam air

Koh, Keng Wei (2005) Aplikasi teknik Tindakan Berantai Polimerase (PCR) dalam pengenalpastian strain Escherichia Coli dalam air. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001772.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti strain Escherichia coli dalam sampel air dengan menggunakan Tindakan Berantai Polimerase (PCR) yang berasaskan kepada pengamplifikasian gen 16S rRNA. E. coli dari air tasik dan air sungai telah dikultur dengan media Lauryl Sulphate Broth dan LB Agar. Tiga koloni tunggal telah dipilih untuk melakukan tindakan berantai polimerase dengan tiga jenis primer oligonukleotida iaitu 16E], 16E2, dan 16E3. Pengoptimuman suhu penggabungan PCR telah memberikan amplifikasi yang baik lantas menunjukkan hasil keputusan yang jelas dan bersaiz 584 bp dalam elektroforesis gel. Keputusan dalam kajian ini telah menunjukkan bahawa gabungan primer seperti 16E1/16E2, 16E1/16E3 dan 16E1/16E2/16E3 memberikan strain E. coli yang mungkin hadir dalam sampel air tetapi tidak konklusif.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Escherichia coli, polymerase chain reaction, oligonucleotide primer, water sample, amplification
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Jan 2014 13:53
Last Modified: 10 Oct 2017 16:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8010

Actions (login required)

View Item View Item