Mohd Hasmawi Haya @Yahya (2004) Kajian awal perbandingan pencirian bunyi di antara ekzos asal dan ekzos litar serta pengubahsuaiannya bagi mengurangkan hingar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001809.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian awal untuk rnencari perbandingan ciri-ciri bunyi yang dihasilkan daripada ekzos asal dan ekzos litar lumba telah dijalankan. Pengubahsuaian yang dilakukan telah menghasilkan sebuah ekzos prototaip yang berkuasa tinggi dan tidak hingar iaitu berdasarkan daripada perbandingan frekuensi dan paparan 'Revolution Per Minute' (R.P.M) yang di pasang pada motosikal. Kaedah kajian yang dijalankan adalah dengan membuat membuat kajian fizikal secara menyeluruh. Satu aturcara telah dibina dalam perisian Matlab dan digunakan untuk menganalisis bunyi-bunyi yang terhasil pada keadaan 1000 r.p.m., 2000 r.p.m. dan 3000 r.p .m untuk ketiga-tiga jenis ekzos. Setiap bacaan pada r.p .m. tertentu di ulang sebanyak tiga kall. Setelah bacaan diambil, penggabungan teknologi sistem ekzos dilakukan bagi menyediakan satu ekzos prototaip yang mempunyai tahap hingar yang rendah dan dapat digunakan dijalanraya. Ujian yang sama juga dilakukan terhadap ekzos prototaip di mana pengambilan sampel bunyi daripada ekzos prototaip bagi memastikan sama ada terdapat perubahan bunyi yang positif atau negatif. Setelah diuji dari segi bunyi, ujian kelajuan dilakukan di bengkel motosikal.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | sound wave, standard exhaust, racing exhaust, prototype, Revolution Per Minute, speed test |
Subjects: | T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 20 Jan 2014 13:59 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 12:43 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8061 |
Actions (login required)
View Item |