Biologi populasi bagi cicak rumah di bangunan yang terpilih di Universiti Malaysia Sabah

Tan, Kong Ping (2005) Biologi populasi bagi cicak rumah di bangunan yang terpilih di Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001817.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian biologi populasi bagi cicak rumah di bangunan yang terpilih di Universiti Malaysia Sabah telah dijalankan selama 9 minggu dan bulan Ogos, 2004 hingga bulan Oktober, 2004. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti spesies cicak rumah yang hadir di bangunan yang terpihh, menentukan kewujudan dwimorfisme seks di kalangan cicak rumah serta menentukan nisbah seks setiap spesies. Teknik "removal" telah digunakan dan sejumlah 260 individu cicak rumah telah ditangkap yang terdiri daripada tiga spesies iaitu Hemidactylus frenatus, Platyurus platyurus dan Gehyra mutilata. Hemidactylus frenatus dan Platyurus platyurus hadir pada semua bangunan tetapi kedua-dua spesies memilih habitat yang berlainan. Hemidactylus Jrenatus lebih kerap dijumpai di luar bangunan yang terang manakala Platyurus platyurus pula lebih banyak dijumpai dalam bangunan yang terang. Nisbah seks bagi Hemidactylus frenatus dan Platyurus platyurus masing-masing adalah 1: 1.08 dan 1:2.57. Frekuensi ekor putus dan regenerasi telah digunakan sebagai penunjuk interaksi mangsa-pemangsa. Hemidactylus frenatus dan Platyurus platyurus menunjukkan peratusan autotomi yang tinggi kerana mempamerkan lakuan aktif memburu yang sentiasa mendedahkan diri kepada pemangsa. Ujian U Mann-Whitney menunjukkan terdapat dwimorfisme seks bagi Hemidactylus frenatus dan Platyurus platyurus. Saiz badan bagi cicak jantan adalah lebih besar daripada cicak betina pada nilai min SVL. Terdapat korelasi positif di antara SVL dengan berat badan cicak rumah. Indeks kepelbagaian Shannon-Weiner menunjukkan bangunan SST mempunyai nilai indeks kepelbagian spesies dan nilai kesetaraan spesies yang tertinggi berbanding dengan bangunan lain iaitu mencapai nilai 0.6641 dan 0.9581. Penggunaan teknik "removal" telah menunjukkan kesan dengan mengurangkan saiz populasi cicak rumah di SST.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: house geckos, population biology, sexual dimorphism, sex ratio, broken tail, Shannon-Wiener diversity
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 29 Jan 2014 11:09
Last Modified: 11 Oct 2017 12:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8109

Actions (login required)

View Item View Item