Regenerasi embrio kelapa sawit daripada kalus

Rudimah Ahmadi (2006) Regenerasi embrio kelapa sawit daripada kalus. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001842.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Satu sistem regenerasi in vitro yang cekap untuk kelapa sawit adalah diperlukan untuk proses transfonnasi tanaman tersebut. Justeru, kajian ini dijalankan untuk membangunkan satu sistem regenerasi kelapa sawit. Kalus yang diaruhkan daripada embrio tidak matang kelapa sawit digunakan sebagai eksplan untuk menghasilkan embrio somatik. Media MS dengan kombinasi kepekatan hormon 2,4-D sebanyak 2mgl�¹ dan NAA sebanyak 1mgl�¹telah digunakan untuk mengaruh pertumbuhan kalus. Seterusnya, embrio somatik diaruhkan dengan pengkulturan kalus pada media MS dengan 24 kombinasi 2,4-D dan NAA yang berbeza. Kepekatan hormon 2,4-D adalah ditetapkan pada 0mgl�¹, 0.5mgl�¹, 1. 0mgl�¹ dan 2mgrl�¹. Hormon NAA pula ditetapkan pada 0mgr�¹, 0.2mgrl�¹, 0.4mgl�¹, 0.6mgrl�¹, 0.8mgrl�¹ dan 1.0mgrl�¹. Walau bagaimanapun, kalus tidak berjaya diaruh pada media pengaruhan kalus. Kalus bagaimanapun berjaya diaruhkan pada media MS dengan kombinasi kepekatan honnon 2,4-D dan NAA yang diturunkan. Kombinasi 2mgrl�¹, 2,4-D dan 0.4mgrl�¹ NAA merupakan kombinasi yang dapat mengaruh kalus pada kadar yang paling tinggi. Namun begitu, tiada pembentukan embrio somatik dapat diperhatikan sepanjang kajian

Item Type: Academic Exercise
Keyword: regeneration system, oil palm, in vitro, Calli, immature embryos, Murashige and Skoog
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
S Agriculture > SB Plant culture
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Feb 2014 10:38
Last Modified: 11 Oct 2017 13:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8150

Actions (login required)

View Item View Item