Noraslinda Abdul Rashid (2006) Kepelbagaian kupu-kupu di dalam plot tetap di Banjaran Crocker. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001858.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kepelbagaian kupu-kupu di dalam Plot Tetap di Substesen lnobong dan melihat peranan beberapa spesies kupu-kupu terhadap hutan. Kajian ini juga bertujuan untuk menyediakan koleksi spesimen kupukupu untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran. Bulan persampelan ialah September dan November 2006 iaitu selama 11 hari. Dua kaedah telah digunakan iaitu kaedah perangkap berumpan dan penangkapan secara rawak dengan menggunakan jaring. Kajian kepelbagaian kupu-kupu di Substesen lnobong berjaya mengumpul 104 spesimen kupu-kupu. Hasil kajian ini juga berjaya memperolehi 34 spesies dari kelima-lima famili kupu-kupu iaitu famili Papilionidae (1 spesies), famili Pieridae (6 spesies). famili Nymphalidae (20 spesies). famili Lycaenidae (6 spesies) dan famili Hesperiidae (1 spesies). Hasil analisis data menunjukkan kawasan Plot Tetap di Substesen lnobong di Banjaran Crocker mempunyai nilai lndeks Kepelbagaian Spesies (H') 2.7540, kekayaan spesies (R) 7.1053 dan kesetaraan spesies adalah 0.7810. Fauna kupu-kupu menunjukkan peningkatan kumulatif spesies mengikut hari persampelan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | diversity, butterfly fauna, Inobong Substation, baited trap, random catch |
Subjects: | Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General) |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 11 Feb 2014 15:36 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 13:55 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8176 |
Actions (login required)
View Item |