Chong, Kam Fook (2004) Kesan penggantian Ca, Cr dan V secara separa ke atas kesuperkonduksian (Y�₋xMx)Ba₂Cu₃O₇ (M=Ca, Cr dan V). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001860.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian ke atas superkonduktor sistem YBCO fasa 123 [(Y�₋xMx)Ba₂Cu₃O₇] (M = Cr, V dan Ca) dengan komposisi x = 0.1 dan 0.3 telah disediakan melalui kaedah tindak balas dalam pepejal. Sampel kajian disediakan dengan menggunakan serbuk logam oksida berketulenan tinggi. Sifat elektrik sampel seperti suhu genting, Tc dan kerintangan pada suhu bilik telah dikaji dengan kaedah Van der Pauw dan kaedah penduga titik empat. Fasa sampel dikaji dengan pembelauan sinar-X. Sifat mensuperkonduksi telah ditunjukkan oleh sistem (Y�₋xCax)Ba₂Cu₃O₇ untuk sampel dengan x = 0.1 dan x = 0.3 dengan Tc mula dan Tc sifar dalam julat suhu 61 K bingga 69 K dan 32 K hingga 17 K. Sistem (Y�₋xCax)Ba₂Cu₃O₇ menunjukkan sifat logam pada suhu bilik dengan julat kerintangan (1.45 - 2.07) x 10�³ Ω-cm. Sistem (Y�₋xCrx)Ba₂Cu₃O₇ dan (Y�₋xVx)Ba₂Cu₃O₇ hanya menunjukkan Tc mula dalam julat 39 K - 61 K. Sistem (Y�₋x Vx)Ba2Cu307 menunjukkan sifat semikonduktor pada suhu bilik dengan julat rintangan (5.72 - 11.26) X l0�¹Ω-cm. Data pembelauan sinar-X menunjukkan fasa 123 telah dipelihara untuk sistem Y�₋xCax) Ba₂Cu₃O₇, dan (Y�₋xVx)Ba₂Cu₃O₇. Sistem (Y�₋xCrx)Ba₂Cu₃O₇ menunjukkan fasa yang tidak dikenalpasti. Kandungan fasa 123 berkurangan dengan pertambahan x. Kajian parameter menunjukkan ketiga-tiga sistem menunjukkan penyusutan kekisi-c dan dipengaruhi oleh saiz ion penggantian. Sebaliknya parameter kekisi-a dan kekisi-b dipengaruhi oleh purata valensi kuprum.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | YBCO system, solid state reaction, metal oxide powder, high purity, saiz of substitution |
Subjects: | Q Science > QC Physics |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 11 Feb 2014 15:32 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 13:56 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8181 |
Actions (login required)
View Item |