Alinda Liboh (2009) Peranan hutan paya bakau sebagai pengeluar kayu arang dan langkah pemuliharaannya di hutan simpan paya bakau Sibyte, Sandakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001868.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui peranan Hutan Paya Bakau sebagai pengeluar kayu arang. Di samping itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti spesies yang paling sesuai dan dominan dalam menghasilkan kayu arang serta mengetahui jumlah pengeluaran kayu arang dalam setahun. Seterusnya, mengenal pasti langkah pemuliharaan yang dijalankan iaitu penanaman semula sebagai satu langkah utama bagi memulihara hutan tersebut selepas penebangan pokok bakau dibuat. Dalam kajian ini juga, pelbagai kaedah digunakan untuk mendapatkan maklumat terperinci iaitu melalui pengumpulan data, kerja lapangan, temu bual dan tinjauan. Data sekunder pula daripada buku mengenai kajian lepas dan rujukan internet. Berdasarkan analisis yang dibuat, didapati kajian ini dapat mencapai objektif yang telah digariskan iaitu peranan hutan paya bakau sebagai pengeluar kayu arang dapat dikenal pasti secara terperinci melalui pengenalpastian spesies pokok yang dominan dalam membuat kayu arang. Justeru itu, langkah pemuliharaan Hutan Paya Bakau dilihat sebagai satu langkah yang efisien dalam memulihara hutan paya bakau dl kawasan kajian. Oleh itu, kajian seperti ini seharusnya diteruskan oleh penyelidik pada masa hadapan bagi tujuan pemeliharaan hutan paya bakau khususnya.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | mangrove forest, charcoal, species of wood, conservation, preservation |
Subjects: | S Agriculture > SD Forestry |
Department: | SCHOOL > School of Social Sciences |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 20 Feb 2014 13:37 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 16:15 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8199 |
Actions (login required)
View Item |