Kajian tentang akar transgenik Centella asiatica untuk penghasilan metabolit sekunder

Choong, Hui Chuang (2007) Kajian tentang akar transgenik Centella asiatica untuk penghasilan metabolit sekunder. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001886.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Centella asiatica kaya dengan sebatian triterpenoid yang penting, terutamanya asid asiatik yang banyak digunakan dalam perubatan. Maka, kaedah pengkulturan yang cekap harus diwujudkan untuk mempertingkat penghasilan asid asiatik. Penggunaan gula yang mengakibatkan penambahan dalam pertumbuhan dan penghasilan metabolit sekunder telah dibuktikan dalam pelbagai spesies tumbuhan. Akar transgenik C. asiatica yang telah ditransformasi oleh Agrobacterium rhizogenes R1601 telah digunakan untuk mengkaji kesan gula yang berlainan dan kepekatan sukrosa yang berbeza terhadap pertumbuhan dan penghasilan asid asiatik. Dalam kajian kesan berlainan jenis gula; sukrosa, maltosa, fruktosa dan glukosa bertindak sebagai sumber karbon dalam medium kultur. Manakala, bagi kajian tentang kepekatan sukrosa yang berbeza; 0%, 2%, 3%, 4%, 6%, 8% dan 10% (w/v) sukrosa telah dikultur dalam setiap kelalang kon yang mengandungi 50mL media MS tanpa hormon; diinokulasi selama 36 hari pada pH 5.8 dalam keadaan gelap pada suhu 25 ± 2°C dan bergerak pada 100rpm. Akar transgenik C. asiatica lebih cenderung kepada penggunaan sukrosa untuk mencapai pertumbuhan maksimum, dimana kadar perturnbuhannya adalah tertinggi sebanyak 48.8455 ± 16.0018 Gisim kering) berbanding dengan kultur yang menggunakan glukosa, fruktosa dan maltosa. Berdasarkan keputusan yang diperolehi daripada HPLC analisis, sukrosa sekali lagi mencatatkan penghasilan asid asiatik yang terbanyak, iaitu 0.9662% ± 0.1136 Gisim kering akar). Bagi kesan kepekatan sukrosa pula, 6% (w/v) sukrosa telah memberi pertumbuhan yang paling tinggi, sebanyak 64.8614 ± 8.8492 (jisim kering). Walaubagaimanapun, 3% (w/v) sukrosa memberikan penghasilan asid asiatik yang paling tinggi, dimana sebanyak 0.7761 % ± 0.1878 (jisim kering akar) asid asiatik telah diperolehi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: triterpenoid, Centella asiatica, heteroside, triterpenoidic molecule, liquid culture, transgenic root
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 14 Feb 2014 12:20
Last Modified: 12 Oct 2017 08:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8221

Actions (login required)

View Item View Item