Nur Hasliza Hassan (2007) Kajian filogenetik ke atas genus drynaria dan aglaomorpha (Polypodiaceae) berdasarkan jujukan gen rbcL. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001890.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Genus Aglaomorpha dan Drynaria di dalam famili Polypodiaceae merupakan tumbuhan paku-pakis yang sangat unik dengan mempamerkan struktur pengumpul humus. Struktur pengumpul humus ini terbentuk dengan kehadiran daun sarang dan daun dedaun (dimorfik secara luaran) seperti yang terdapat pada genus Drynaria atau terbentuk daripada daun itu sendiri seperti yang ditunjukkan oleh tumbuhan paku-pakis di dalam genus Aglaomorpha (dimorftk secara dalaman dan trimorfik secara dalaman). Terdapat 3 spesies bagi genus Drynaria dan 4 spesies bagi genus Aglaomorpha yang tumbuh di Sabah. Penggunaan gen rbcL di dalam kajian ini telah berjaya membentuk pokok filogenetik bagi dua genus. Dua analisis telah dijalankan iaitu analisis Maximum Parsimoni dan Maximum Likelihood dan kedua-dua analisis ini telah menunjukkan keputusan yang sarna dalam pengasingan kesemua spesies di dalam dua kumpulan yang utama iaitu Drynaria dan Aglaomorpha. Meskipun begitu, terdapat permasalahan dalam menentukan pokok filogenetik yang sebenar, kerana pokok filogenetik yang terhasil daripada kedua-dua analisis ini adalah berbeza dari segi kedudukan Aglaomorpha heraclea dan Drynaria rigidula. Oleh itu, kajian yang selanjutnya perlu dijalankan semula ke atas kedua-dua genus ini untuk mendapatkan suatu pokok filogenetik yang lebih baik. Dicadangkan juga penggunaan data morfologi turut digunakan untuk memantapkan lagi pokok filogenetik yang akan terhasil.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Aglaomorpha, Drynaria, dimorphic external, dimorphic and trimorphic internal, Maximum Parsimony, Maximum Likelihood, phylogenetic tree |
Subjects: | Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General) |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 14 Feb 2014 12:14 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 08:03 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8225 |
Actions (login required)
View Item |